Perkahwinan Kali Ketiga Pun Ada Masalah? Elcah Dedah Suami ‘DM’ Dengan Wanita Lain – “Bini Sendiri Block”

EntertainmentLifestyle
23 Jun 2025 • 8:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh dikenali ramai iaitu Elcah mendakwa suami, Afi Hamri sekali lagi berlaku curang terhadapnya.

Suami yang ketiga pun buat masalah?

Dapat dilihat melalui perkongsian di Instagram Story, Elcah atau nama sebenar, Aien Hasha memuat naik tangkap layar perbualan suami bersama wanita lain melalui direct message (DM).

image is not available

 

Lebih terukkan keadaan, Elcah mendakwa dirinya telah disekat oleh Afi di platform media sosial tersebut.

Bini sendiri block, follow betina macam tandas awam. Minta maaf pun tak ada tapi dengan betina ni semua minta maaf siap hantar video. Kau kan suka tunjuk murni dekat sosial media.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AIEN HASHA (@elcah)

Dalam media sosial post pasal agama tapi perangai sebenar..

Dalam pada masa yang sama, ‘influencer’ tersebut meluahkan rasa kesal terhadap kelakuan suami yang bermain kayu tinggi di belakangnya.

Lepas itu post pasal agama macam aku yang terpaling berdosa buat hal. Dah kahwin jangan menggatal dengan betina sana sini. Kantoi lepas tu maki-maki, nak kata aku tak reti jaga air muka kau.. memalukan.

Sekadar info, perkahwinan kali ini merupakan kali ketiga Elcah mendirikan rumah tangga selepas dua kali gagal dalam perkahwinan iaitu pada tahun 2015 dan 2023.

image is not available 1 year ago

"Saya Tak Nak Apa-Apa.." - Sangkal Tuduhan Nikah Kerana Harta, 'Influencer' Elcah Akui Kereta Sebagai Hantaran Itu Kejutan