Dedah Suami ‘DM’ Perempuan Lain, Elcah Mohon Maaf – “Saya Terlalu Emosi, Saya Akui..”

EntertainmentLifestyle
23 Jun 2025 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas mendakwa suami, Afi Hilmi berbalas mesej dengan wanita lain, personaliti media sosial, Elcah tampil memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukan.

Akui kesalahan ikut emosi

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Elcah mengakui kesalahannya sebagai seorang isteri yang terlalu mengikut emosi dan akan perbaiki diri menjadi lebih baik di masa akan datang.

Difahamkan, Elcah atau nama sebenar, Aien Hasha berbuat sedemikian kerana boleh menjejaskan keharmonian keluarga serta rumah tangga.

Setiap apa yang berlaku mungkin telah beri kesan kepada suami dan kedua-dua belah keluarga. Lagi sekali di sini saya mohon maaf atas segala yang terjadi. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AIEN HASHA (@elcah)

Mohon pengikut terus mendoakan buat dirinya

Tambahannya lagi, dia memohon agar pengikutnya untuk mendoakan kesejahteraan buat dirinya.

Terima kasih kepada semua yang telah DM (direct mesage) nasihat yang baik. Semuanya saya baca dan hargai dengan sepenuh hati. Doakan saya. Semoga Allah membimbing saya ke jalan yang lebih baik.

Sebelum ini, Elcah tampil mendedahkan di Instagram Story bahawa suami berlaku curang, malah menyekat akaun Instagramnya.

image is not available 5 hours ago

Perkahwinan Kali Ketiga Pun Ada Masalah? Elcah Dedah Suami ‘DM’ Dengan Wanita Lain - “Bini Sendiri Block”