Perkembangan Terkini Program eHati : KPWKM Sedia Khidmat Kaunseling Buat Mangsa

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 9:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tampil memberi respon berhubung kontroversi program motivasi rumah tangga eHati yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan Buletin TV3, pihaknya bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada mana-mana individu yang terjebak dalam program tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Menteri, Datuk Seri Noraini Ahmad.

image is not available

Selalunya kalau ada kes-kes macam itu, kalau ada laporan pada kementerian maka pertamanya kita akan ada kaunseling yang dilaksanakan oleh kaunselor di bawah KPWKM.

Namun, setakat ini saya belum dapat laporan terperinci mengenai perkara itu.

Program eHati mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menyelitkan unsur seksual dalam aktiviti yang dihadiri sekitar 50 wanita di Shah Alam.

Program eHati mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menyelitkan unsur seksual dalam aktiviti yang dihadiri sekitar 50 wanita di Shah Alam.

image is not available

Lebih mengejutkan, program itu juga dikatakan mengandungi beberapa ritual yang bercanggah dengan akidah Islam, sehingga mencetuskan desakan orang ramai agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa JAIS akan memanggil pasangan penganjur program berkenaan untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan segera perlu dilakukan bagi memastikan tidak ada sebarang penyelewengan atau ajaran yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-21 20:44:45

Dua Pelajar Universiti Maut Terjatuh Dari Kondominium Sama Dalam Tempoh 24 Jam