Perkembangan Terkini Sultan Hassanal Bolkiah – Jabatan Perdana Menteri Brunei

LocalHealth & Fitness
27 May 2025 • 10:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perkembangan Terkini Sultan Hassanal Bolkiah – Jabatan Perdana Menteri Brunei

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN), disahkan berada dalam keadaan sihat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Perdana Menteri Brunei dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan malam ini.

Menurut kenyataan tersebut, baginda dinasihatkan oleh pakar kesihatan Malaysia untuk berehat beberapa hari di IJN.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media bahawa Sultan Hassanal dimasukkan ke IJN bagi tujuan berehat selepas mengalami keletihan.

Untuk info, baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 serta sidang-sidang berkaitan yang berlangsung semalam dan hari ini.

Sultan Hassanal berangkat tiba di Malaysia pada Ahad lalu.

Sumber: Astro Awani