Sultan Brunei berehat di IJN kerana letih - PM

LocalPolitics
27 May 2025 • 10:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Hassanal Bolkiah

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah kini berada di Institut Jantung Negara (IJN).

Anwar berkata, Baginda dilaporkan berasa letih dan memilih untuk berehat di kemudahan perubatan itu.

"Baginda berasa agak letih, jadi Baginda hanya berehat di IJN,” kata Anwar secara ringkas pada sidang media di penghujung Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Selasa.

Sebelum ini media telah bertanyakan tentang ketiadaan Sultan di Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China petang ini, dengan ada laporan yang mengatakan bahawa Baginda sedang menjalani rawatan di IJN. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved