Sultan Brunei Dimasukkan ke IJN, Alami Keletihan

LocalHealth & Fitness
27 May 2025 • 6:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas dilaporkan mengalami keletihan susulan jadual rasmi yang padat di Kuala Lumpur.

Sultan Brunei alami keletihan

Memetik laporan dari Kosmo!, perkara itu disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Sultan Brunei alami keletihan dan sedang berehat di IJN,” katanya ringkas.

image is not available

Sultan Brunei berangkat ke beberapa acara penting Sidang kemuncak ASEAN

Untuk makluman, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini berkenan berangkat ke beberapa acara penting sejak semalam termasuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Persidangan Kemuncak ASEAN-GCC-China.

image is not available

Kehadiran baginda ke sidang-sidang tersebut memperlihatkan komitmen tinggi Brunei dalam memperkukuh kerjasama serantau dan hubungan diplomatik bersama negara-negara Asia dan Timur Tengah.

image is not available

Bagaimanapun, atas faktor keletihan akibat penglibatan aktif dalam pelbagai pertemuan antarabangsa, baginda kini sedang berehat di bawah pemantauan pakar perubatan di IJN.

Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatan baginda didedahkan buat masa ini, namun difahamkan rawatan yang diberikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber: Kosmo! (Team Asean Summit)