PERKESO Salur Lebih RM1.2 Juta Faedah Dalam Sebulan Di Bawah LINDUNG 24 Jam

LocalPersonal Finance
3 Jul 2026 • 2:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PERKESO Salur Lebih RM1.2 Juta Faedah Dalam Sebulan Di Bawah LINDUNG 24 Jam

PERKESO Salur Lebih RM1.2 Juta Faedah Dalam Sebulan Di Bawah LINDUNG 24 Jam

Sebanyak 592 permohonan kes telah diterima oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau LINDUNG 24 Jam sejak sebulan ia berkuat kuasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PERKESO, sejumlah RM1.2 juta faedah telah disalurkan kepada Orang Berinsurans (OB) bermula 1 hingga 30 Jun lalu.

Ujar PERKESO, perlindungan keselamatan sosial yang ditawarkan ini merangkumi penyaluran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), iaitu bayaran kepada pencarum ketika dalam tempoh cuti sakit selagi tidak mampu bekerja.

Selain itu, faedah lain yang turut diperuntukkan ialah bayaran rawatan perubatan dan pembedahan termasuk kos implan, bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) berdasarkan taksiran Jemaah Doktor, Faedah Orang Tanggungan (FOT), Elaun Layanan Sentiasa (ELS) serta bayaran pemulihan di pusat rehabilitasi PERKESO.

"Dalam tempoh sebulan, jumlah tertinggi pembayaran faedah menerusi skim LINDUNG 24 Jam adalah melibatkan kos implan iaitu RM1.16 juta, diikuti FHUS berjumlah RM99,269 untuk tempoh sama.

"Secara purata, hampir 20 kes sehari direkodkan di bawah LINDUNG 24 Jam, sekali gus menjadi manifestasi usaha PERKESO bagi menutup kelompangan perlindungan sosial yang ada di Malaysia," tulis kenyataan tersebut.

Tambah PERKESO lagi, jika dahulu insiden yang berlaku di luar kerja tidak akan dilindungi oleh PERKESO, namun kini, dengan LINDUNG 24, pencarum boleh mendapatkan perlindungan.

Baca juga:

Malah, fokus perlindungan sosial kini tidak lagi tertumpu kepada insiden pergi balik kerja atau musibah di tempat kerja, sebaliknya menjadi lebih menyeluruh walaupun ketika berada di rumah.

Mengulas lanjut, kenyataan sama memperincikan bahawa perlindungan di luar waktu kerja bagi pencarum Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) adalah secara automatik, meskipun potongan caruman belum dilaksanakan.

"Ini mencerminkan kepentingan dan peranan sebenar LINDUNG 24 Jam sebagai jaringan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh buat rakyat.

"Hal ini kerana, apabila musibah berlaku di luar waktu kerja, kos perubatan boleh menjejaskan simpanan keluarga manakala ketidakmampuan bekerja mampu memberi kesan kepada kelangsungan sosioekonomi," tambah PERKESO.

PERKESO komited untuk memperluas kesedaran mengenai skim LINDUNG 24 Jam agar lebih ramai cakna manfaatnya, selain memastikan tiada golongan pekerja tercicir daripada menerima perlindungan, termasuk ketika di luar waktu kerja.

Setakat ini, perangkaan mengenai jumlah faedah yang disalurkan PERKESO menerusi LINDUNG 24 Jam belum termasuk manfaat kepada pencaruman bagi perkhidmatan rehabilitasi secara tanpa had.

"Rawatan pemulihan kepada pencarum penting bagi memastikan mereka berupaya kembali menjalankan tugas seperti biasa selepas ditimpa bencana di luar waktu kerja, sekali gus menjamin kelangsungan pendapatan," tambah kenyataan itu lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved