Perketat penguatkuasaan, banteras senjata haram: Bimbang susulan rampasan senapang angin, peluru di Sook

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 4:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Perketat penguatkuasaan, banteras senjata haram: Bimbang susulan rampasan senapang angin, peluru di Sook

KENINGAU: Penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan keselamatan di kawasan pedalaman Sabah perlu dipertingkatkan bagi membendung pemilikan serta penggunaan senjata secara haram yang boleh mengancam keselamatan masyarakat.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Keningau, Datuk Azman Ruslan, berkata langkah lebih menyeluruh perlu diambil pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya di kawasan pedalaman, sentiasa terpelihara.

Beliau berkata, tindakan pantas dan tegas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan penguatkuasaan, termasuk rampasan 42 laras senapang angin dan 456 peluru di Sook baru-baru ini, wajar diberikan penghargaan.

Katanya, kejayaan rampasan itu membuktikan komitmen serta profesionalisme pihak polis dalam membanteras pemilikan dan penggunaan senjata yang berpotensi mengancam keselamatan penduduk.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang terbabit dalam kejadian tragis baru-baru ini.

Azman berkata, kehilangan nyawa pada usia begitu muda adalah tragedi menyedihkan yang seharusnya meningkatkan keprihatinan semua pihak terhadap aspek keselamatan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa memperketatkan penguatkuasaan undang-undang, meningkatkan pemantauan serta mengambil langkah pencegahan lebih menyeluruh bagi membanteras pemilikan dan penggunaan senjata api secara haram.

Beliau berkata, penduduk di kawasan pedalaman juga berhak menikmati persekitaran yang aman dan selamat, selain bebas daripada ancaman jenayah serta penyalahgunaan senjata.

Pada masa sama, Azman berharap kerjasama antara pihak berkuasa dengan masyarakat setempat terus diperkukuhkan, khususnya dalam penyaluran maklumat dan pelaksanaan langkah pencegahan bagi melindungi nyawa serta keselamatan orang ramai.

“Keselamatan rakyat adalah keutamaan. Jangan tunggu tragedi berlaku untuk kita bertindak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved