Perkhidmatan 5G Di Malaysia Kini Mencapai 3.6 Juta Langganan

TechnologyDigital
29 Nov 2023 • 10:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Komunikasi dan Digital kini berkongsi menyatakan Malaysia kini mencatatkan kadar langganan perkhidmatan 5G mencapai 3.6 juta langganan. ini sekaligus memperlihatkan kadar penggunaan 5G mencapai sekitar 10.8%, berasaskan kepada data pada 31 Oktober 2023 lepas.

image is not available

Buat masa ini, terdapat sejumlah pengguna perkhidmatan telekomunikasi 4G yang tidak melanggan pelan 5G kerana perlu membuat bayaran tambahan. Pihak kerajaan telah menyatakan mereka sedang berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk mengatasi perkara berkenaan.

Disamping itu, kerajaan turut menyatakan kadar liputan 5G pada penghujung Oktober telah mencapai kadar 73% – sekaligus berbaki 7% lagi sebelum ia mencatatkan angka sasaran 80% yang ditetapkan kerajaan untuk tahun 2023 ini.