Perkhidmatan e-dompet GOfinance diuruskan TNG Digital cecah 8.5 juta pengguna

LocalBusiness & Finance
22 Sep 2026 • 5:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Perkhidmatan e-dompet GOfinance diuruskan TNG Digital cecah 8.5 juta pengguna Image from: Perkhidmatan e-dompet GOfinance diuruskan TNG Digital cecah 8.5 juta pengguna amree22/09/2026 - 17:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Sept — Hampir satu daripada tiga pengguna e-dompet TNG menggunakan perkhidmatan kewangan menerusi GOfinance, menandakan perubahan corak penggunaan berkembang daripada sekadar pembayaran kepada pengurusan kewangan harian.

 

TNG Digital Sdn Bhd, pengendali platform TNG eWallet itu berkata, GOfinance sudah mencatatkan 8.5 juta pengguna setakat 31 Ogos 2026, meningkat 22% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

 

Pertumbuhan berkenaan ujar syarikat tersebut, meneruskan trend peningkatan dua angka bagi GOfinance sejak 2024, manakala jumlah keseluruhan pengguna TNG eWallet kini melebihi 27 juta.

 

"Daripada jumlah tersebut, dianggarkan lebih empat juta pengguna GOfinance melaksanakan transaksi kewangan mereka menerusi hab berkenaan pada setiap bulan," katanya dalam satu kenyataan.

 

GOfinance menghimpunkan pelbagai perkhidmatan termasuk pengurusan kekayaan, insurans, pembiayaan, kiriman wang, alat kewangan harian serta TNG eWallet Visa Card dalam satu platform bersepadu.

 

Menariknya, hampir 46% pengguna GOfinance menggunakan lebih daripada satu produk kewangan, menunjukkan kecenderungan pengguna mengurus pelbagai keperluan menerusi satu platform digital.

 

Touch N Go_DagangNews2026

 

Ketua Pegawai Perkhidmatan Kewangan TNG Digital, Desmond Teoh berkata, pengguna semakin mencari rumusan bersepadu mereka tanpa perlu lagi bersusah-payah menggunakan banyak aplikasi berasingan.

 

"Perkembangan itu turut mengubah peranan TNG eWallet daripada platform pembayaran kepada 'teman' digital harian yang membantu pengguna mengurus keperluan kewangan secara lebih luas," jelasnya.

 

GOfinance beroperasi menerusi model platform terbuka dengan menghubungkan capaian TNG eWallet kepada kepakaran pelbagai institusi kewangan serta penyedia perkhidmatan yang sudah ditetapkan.

 

Struktur berkenaan tambah beliau, membolehkan pengguna mudah mengakses banyak produk kewangan, selain memberi institusi rakan kongsi dengan capaian terus kepada jutaan bakal pelanggan.

 

Di samping itu, TNG Digital turut merancang menambah lebih banyak rakan kongsi bagi memenuhi keperluan pengguna, selain menyokong pertumbuhan perniagaan yang selamat secara dalam talian. 

 

"Ia turut menyumbang usaha keterangkuman kewangan menerusi akses mudah kepada perkhidmatan kewangan terkawal, selaras Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026-2030," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved