
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan berikutan gangguan pada sistem brek sebuah tren berhampiran Stesen Masjid Jamek, hari ini.
Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, sebuah tren sedang dipandu secara manual di antara Stesen Masjid Jamek dan Pasar Seni berikutan gangguan pada sistem brek.
“Pergerakan tren di stesen lain dijangka lebih perlahan dengan berhenti lebih lama di platform,” katanya.
The post Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya alami gangguan sistem brek tren appeared first on Utusan Malaysia.






