MRT laluan Putrajaya lewat susulan gangguan sistem brek

23 Sep 2026 • 10:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MRT laluan Putrajaya lewat susulan gangguan sistem brek

PETALING JAYA – Jadual perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya mengalami kelewatan susulan gangguan sistem brek membabitkan sebuah tren di Stesen Jalan Ipoh, hari ini.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, tren berkenaan tidak dapat bergerak akibat gangguan tersebut, sekali gus menjejaskan kelancaran jadual perkhidmatan di laluan berkenaan.

Susulan itu, pihak operasi mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif bagi membantu pengguna meneruskan perjalanan.

“Tren dari Stesen Kwasa Damansara akan berpatah balik di Stesen Jalan Ipoh dengan kekerapan lima minit.

“Tren dari Stesen Hospital Kuala Lumpur pula akan berpatah balik di Stesen Putrajaya Sentral dengan kekerapan enam minit, manakala tren perantara dari Stesen Kentonmen ke Stesen Hospital Kuala Lumpur beroperasi setiap tujuh minit,” katanya.

Menurut Rapid KL, pasukan teknikal telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan serta kerja-kerja pemulihan terhadap sistem terlibat bagi mengembalikan operasi perkhidmatan kepada keadaan normal secepat mungkin.

Katanya, anggota polis bantuan dan petugas stesen turut ditempatkan di stesen-stesen terjejas bagi memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan penumpang.

“Pengumuman berkala berkaitan status perkhidmatan turut dibuat di stesen dan dalam tren.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran media sosial rasmi Rapid KL dan aplikasi MyRapid PULSE,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post MRT laluan Putrajaya lewat susulan gangguan sistem brek appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved