Perkhidmatan Setiausaha DKU Negeri Sembilan dihentikan serta-merta

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 11:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perkhidmatan Setiausaha DKU Negeri Sembilan dihentikan serta-merta

PETALING JAYA – Perkhidmatan Yang Mulia (YM) Raja Norazli Raja Nordin sebagai Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) dihentikan berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi warkah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar bertarikh 17 September 2026.

Menurut warkah tersebut, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kuasa di bawah Perkara 25 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Susulan itu, Raja Norazli dititahkan berhenti serta-merta daripada menjalankan sebarang fungsi, tugas atau membuat representasi rasmi atas nama DKU.

Beliau juga diarahkan menyerahkan semua dokumen rasmi, fail sulit, minit mesyuarat, kod akses pejabat serta harta milik DKU dan mengosongkan Pejabat Setiausaha DKU.

Warkah itu turut menyatakan penamatan berkenaan tidak menjejaskan hak Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atau DKU untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan wajar berhubung tindak-tanduk Raja Norazli sepanjang menjalankan tugas atau membawa diri sebagai Setiausaha DKU.- KOSMO! ONLINE

The post Perkhidmatan Setiausaha DKU Negeri Sembilan dihentikan serta-merta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved