Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari

10 Nov 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian dan kerja-kerja pembaikan bermula 12 tengah malam hingga 5 pagi.

KLIA berkata sepanjang tempoh tersebut, bas ulang-alik akan beroperasi sepenuhnya bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang antara terminal.

Langkah itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan KLIA untuk mengekalkan ketersambungan lapangan terbang yang selamat, cekap dan selesa.

image is not available

Perkhidmatan aerotrain sebelum ini mengalami beberapa gangguan operasi.

Sebanyak 19 insiden dilaporkan antara 2 Julai hingga 30 September, selain dua lagi gangguan pada 15 dan 28 Oktober.