Perkongsian Individu Tentang Sikap & Kesungguhan Calon Datang Temu Duga Raih Pujian

18 Nov 2026 • 1:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebiasaannya, kriteria utama yang sering mendapat perhatian majikan sewaktu menemuduga calon adalah kemahiran dan pengalaman yang diperolehi.

Namun bagi sesetengah individu, sikap seseorang juga menjadi kriteria penting yang dilihat sebelum seseorang itu diambil bekerja.

Calon Basah Lencun Kerana Terkena Hujan Lebat Ketika Hadir Sesi Temu Duga, Mohon Ubah Tarikh

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang individu mengenai sikap salah seorang calon pekerja yang datang ke sesi temu duga.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @mohamadsulaimi, pengguna berkenaan mendakwa dia telah mempelajari sesuatu dari calon yang ditemuduganya itu.

Kongsi Sulaimi, calon berkenaan sepatutnya hadir ke sesi interview namun tidak dapat berbuat demikian dek kerana hujan yang sangat lebat ketika dalam perjalanan menghadiri sesi tersebut.

Malah menerusi tangkap layar mesej perbualan di antara mereka, calon berkenaan turut memohon maaf kerana terpaksa menukar tarikh temu duga disebabkan keadaan bajunya yang basah lencun kerana cuaca hujan.

Namun kongsi Sulaimi, dia memahami insiden yang menimpa calon tersebut dan bersetuju untuk mengubah sesi temu duga kepada esok hari.

Calon Whatsapp Boleh Hadir Interview, Jelas Baju Sudah Kering

Apa yang menjadi perhatian adalah calon terbabit secara tiba-tiba menghantar mesej kepadanya dan memaklumkan bahawa baju yang dipakai telah kering.

Malah, dia sedia untuk hadir ke sesi temu duga berkenaan meskipun slot terakhir adalah pada jam 4 petang.

Namun calon terbabit terus menghantar gambar menunjukkan dia telahpun berada dalam lif bagi menghadiri sesi temu duga tersebut.

Kongsi Sulaimi, calon tersebut berjaya dalam temuduga terbabit dan akan mula bekerja pada esok hari (19 November).

Sikap & Kesungguhan Calon Satu Nilai Besar, Titip Nasihat Kepada Majikan

Menerusi hantaran sama, Sulaimi berpendapat bahawa sikap dan kesungguhan calon baginya adalah satu nilai yang besar bukanlah kepada pengalaman semata-mata.

“Kadang-kadang, kita terlalu sibuk mencari orang yang mempunyai pengalaman, kelayakan dan kemahiran.

“Sampai kita terlupa bahawa sikap dan kesungguhan juga merupakan satu nilai yang sangat besar.

“Sebagai seorang yang menguruskan operasi dan pengambilan pekerja, perkara seperti inilah yang membuatkan saya percaya bahawa setiap calon wajar diberikan peluang untuk menunjukkan kemampuan mereka,” tulisnya.

Pada masa sama, dia turut menasihati majikan agar tidak memandang calon hanya berdasarkan kepada resume semata-mata.

“Kepada majikan serta mereka yang menguruskan recruitment, jangan hanya melihat pada resume.

“Berikan peluang untuk kita mengenali manusia di sebalik resume tersebut.

“Kerana kadang-kadang, calon yang paling kita perlukan bukanlah yang mempunyai resume paling hebat, tetapi yang mempunyai kesungguhan untuk tidak mudah menyerah,” jelasnya.

Malah, dia turut memberi kata-kata semangat kepada pencari kerja tentang rezeki.

“Tiada usaha yang sia-sia. Rezeki mungkin tidak datang ketika kita jangka, tetapi jangan berhenti berusaha untuk menjemputnya.

“Semoga adik ini terus maju dalam kerjaya baharunya. Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

View on Threads

Warganet Beri Reaksi Positif Dengan Perkongsian Tentang Sikap Pencari Kerja

Perkongsian positif yang mendapat lebih 932,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dan mengagumi semangat serta kesungguhan pencari kerja berkenaan.

Malah ada juga warganet yang turut terinspirasi dengan kisah tersebut sehingga ada yang menjadikan ia sebagai satu pengajaran.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Tak Pandai Buat Kerja Boleh Diajar Tetapi Bab Kesungguhan Memang Kena Datang Dari Diri Sendiri”

Image from: Perkongsian Individu Tentang Sikap & Kesungguhan Calon Datang Temu Duga Raih Pujian

“Seronok Tengok Adik-Adik Yang Ada Adab & Bahasa Macam Ini. Susah Nak Jumpa, Sangat Susah”

Image from: Perkongsian Individu Tentang Sikap & Kesungguhan Calon Datang Temu Duga Raih Pujian

“Sumpah Saya Terus Menangis Teresak-Esak Mengenangkan Betapa Adiknya Bersungguh-Sunguh Cari Rezeki, Sanggup Redah Hujan”

Image from: Perkongsian Individu Tentang Sikap & Kesungguhan Calon Datang Temu Duga Raih Pujian

“Effort Macam Ini, Automatik Kita Tahu Macam Attitude Dia Bila Kerja Nanti. Ketahuilah Adik-Adik Semua, No 1 Adalah Sikap”

Image from: Perkongsian Individu Tentang Sikap & Kesungguhan Calon Datang Temu Duga Raih Pujian

“Baiknya Kedua Pihak. Saya Pernah Pada Hari Temu Duga Dah Bersiap, Baju Kurung Dah Beriron, Fail Tersusun Rapi Tapi Kereta Tak Boleh Start. Saya WhatsApp Company Tu Kena Bluetick Je”

Image from: Perkongsian Individu Tentang Sikap & Kesungguhan Calon Datang Temu Duga Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Majikan Kongsi Sikap Baik Pekerja, Cuti Kecemasan Tetapi Masuk Pejabat Sekejap Selesaikan Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Pekerja Restoran Bantu Pelanggan, Angkat Bapa Yang Hidap Strok Sampai Ke Kereta Raih Pujian [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved