Perkukuh aeroangkasa: Selangor teroka potensi teknologi dron, mobiliti udara termaju

LocalTechnology
16 Oct 2026 • 4:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Perkukuh aeroangkasa: Selangor teroka potensi teknologi dron, mobiliti udara termaju

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Selangor tekad untuk terus meneroka potensi teknologi dron dan mobiliti udara termaju sebagai sebahagian usaha memperkukuh industri aeroangkasa negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerjasama dengan pihak berkuasa penerbangan termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), penting bagi menyokong pelaksanaan projek rintis teknologi berkenaan.

Image from: Perkukuh aeroangkasa: Selangor teroka potensi teknologi dron, mobiliti udara termaju
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika Sesi Libat Urus Projek Berimpak Tinggi Bagi Penyediaan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2027 sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Saya berpendapat pihak berkuasa seperti CAAM perlu dilibatkan sejak awal dalam projek rintis dron kerana bidang ini masih baharu dan projek berkenaan masih dalam fasa percubaan, bukannya operasi komersial.

“Penglibatan mereka dari peringkat awal dapat membantu mempercepat pelaksanaan projek dan mengelakkan kekangan peraturan,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus Belanjawan Selangor 2027 bersama agensi negeri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam sesi berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Aviation and Technology Innovation Sdn Bhd (SELATI), Zannifa Azura Ahmad mencadangkan penubuhan persekitaran ujian terkawal bagi mobiliti udara termaju di Selangor untuk menyokong ujian dron dan teknologi penerbangan baharu.

Agensi negeri turut menekankan kepentingan kerjasama dengan agensi Persekutuan, pihak berkuasa penerbangan dan pemain industri bagi mendapatkan kelulusan serta membangunkan rangka kerja operasi sebelum kemudahan diperluas.

Cadangan menghidupkan semula Selangor Aviation Show (SAS) turut dibangkitkan dan sedang dipertimbangkan Kerajaan Negeri.

Image from: Perkukuh aeroangkasa: Selangor teroka potensi teknologi dron, mobiliti udara termaju
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika Sesi Libat Urus Projek Berimpak Tinggi Bagi Penyediaan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2027 sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Mengulas hala tuju industri aeroangkasa, Amirudin berkata Selangor akan terus memperkukuh sektor itu bagi menyokong pertumbuhannya, selain meneruskan inisiatif dalam industri sedia ada seperti semikonduktor dan meneroka peluang dalam subsektor baharu.

Beliau berkata Belanjawan Selangor 2027 turut memberi penekanan lebih besar kepada infrastruktur awam bagi menangani isu seperti keadaan jalan raya dan banjir, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved