Perkukuh FAM secara berpasukan

LocalFootball
12 Sep 2026 • 11:07 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perkukuh FAM secara berpasukan

 

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berpandangan bahawa usaha memperkukuh dan memperbaharui badan induk itu perlu dilaksanakan secara berpasukan, bukannya dengan membina persepsi seolah-olah keseluruhan organisasi perlu ‘dibersihkan’ setiap kali berlaku pertukaran kepimpinan.

Mohd Yusoff berkata, beliau menghormati pandangan dan gagasan semua pihak termasuk calon Presiden FAM, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang akan bertanding pada kongres pemilihan FAM, namun setiap cadangan pembaharuan perlu berlandaskan fakta, proses yang betul serta kepentingan jangka panjang bola sepak negara.

“Jika ada kelemahan dalam aspek tadbir urus, pengurusan atau struktur organisasi, sudah tentu ia perlu diperbaiki. Itu adalah tanggungjawab mana-mana barisan kepimpinan yang akan diberikan mandat kelak.

“Namun, kita juga perlu berhati-hati apabila menggunakan istilah seperti ‘membersihkan’ kerana ia boleh memberikan gambaran seolah-olah keseluruhan organisasi itu termasuk pegawai, kakitangan dan individu yang selama ini menjalankan tugas masing-masing, adalah bermasalah.

“FAM adalah sebuah institusi yang mempunyai struktur, peraturan, jawatankuasa, pegawai dan kakitangan yang menjalankan fungsi masing-masing. Sebarang perubahan perlu dibuat berdasarkan penilaian yang objektif dan bukti, bukan semata-mata persepsi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Perkukuh FAM secara berpasukan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved