Perlekeh Cik Epal Bersalin Guna Epidural & Gelar Sebagai ‘Cheat Code’, Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu - “Moga Ada Kifarah Untuk Orang Mulut Puaka Macam Ni!”

20 Apr 2025 • 8:56 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan, Jofliam mencetuskan kemarahan kaum ibu selepas tular satu tangkap layar yang menunjukkan perbualan antara dirinya dan seorang individu menerusi Direct Massage (DM) di Instagram.
 

Didakwa perlekeh guna epidural

image is not available

Tangkap layar tersebut jelas menunjukkan perbualan Jofliam yang seolah oleh memperlekehkan bekas isterinya iaitu pempengaruh, Cik Epal yang bersalin dengan menggunakan bantuan suntikan epidural.

Perbualan tersebut tercetus selepas individu itu menyebut tentang pengorbanan yang Cik Epal lalui ketika melahirkan anak-anak mereka iaitu Han dan Yuki sebelum ini.

“Hahahahah pakai cheatcode epidural. Eh bbb lah tak sakit pun rupanya. Hahahahaha epidural. Keluar dari mulut dia. Ehh bb lah tak sakit rupanya. Next anak pun epidural juga. So Yuki pun epidural hahahaha.

“Play victim sungguh. Sebab saya tahu dia mak anak-anak saya lah saya tak mencarut dekat dia. Sebab bukan kilang lah saya nak dua anak je. Sebab bukan kilang lah saya bayar apa dekat badan dia, hahahaha,” tulisnya.

 

 

 


Catus kemarahan para ibu


Kenyataan itu secara tidak langsung telah menyentuh emosi para ibu yang rata-ratanya berang dengan sikap Jofliam.

Malah mereka juga berharap agar lelaki itu menerima kifarah atas apa yang diperkatakan kerana memperlekehkan perjuangan ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak.

Berikut merupakan tangkap layar penuh Jofliam yang tular di aplikasi Threads:

 

Untuk info, Epidural membantu ibu mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran melalui suntikan anestetik ke dalam ruang epidural tulang belakang yang lebih rendah.

Berbanding memberikan kekebasan sepenuhnya pada seluruh tubuh pesakit, anestesia epidural hanya menyebabkan sebahagian kehilangan rasa pada bahagian yang disuntik, yang membolehkan ibu untuk sedar sepenuhnya bagi menyaksikan kelahiran bayi.