
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap yang bergelar pasangan suami isteri, pastinya ingin hubungan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.
Malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan dapat memberikan keselesaan buat keluarga dan isteri tercinta.
Bukan hanya itu, menjaga hubungan suami isteri untuk satu tempoh yang lama juga bukanlah mudah sebaliknya memerlukan doa, kesabaran dan usaha agar ia dapat berkekalan sehingga ke Jannah seperti yang diharapkan semua.
Pakcik dan Makcik sesat dalam pusat beli-belah raih perhatian ramai
Baru-baru ini, satu pasangan suami isteri dipercayai warga emas telah menarik perhatian ramai apabila kelihatan begitu mesra antara satu sama lain apabila berkongsi momen mereka sesat di pusat membeli-belah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Aki Zali di TikTok, awalnya kelihatan dia dan isteri sedang berjalan di dalam pusat membeli-belah TRX, Kuala Lumpur.
Menurut lelaki itu, mereka pertama kali berkunjung ke pusat beli-belah terbabit. Katanya tujuan mereka ke sana hanyalah sekadar ingin menukar saiz kasut yang dibeli oleh anak-anak buat isterinya.
Masih boleh bergurau dan ketawa walaupun sesat
Sewaktu ingin mencari butik kasut berkenaan lelaki itu memberi Point Of View memaparkan mereka sedang sesat di dalam pusat beli-belah itu.
“Pov: Pertama kali masuk TRX mall, pasangan pakcik dan makcik sesat dalam TRX mall,” tulisnya.
Meskipun sesat dan awalnya sukar mencari butik kasut itu, namun kelihatan pasangan itu masih boleh berseloroh antara satu sama lain.
“Dekat TRX Mall sekarang, hmm mana yang nak tukar barang. Ini je ke (menunjuk keadaan di seluruh pusat beli-belah). Hmm bukan level kami (TRX Mall) kami lah,” ujarnya.
Ke pusat beli-belah TRX kerana nak tukar saiz kasut isteri
Malah pakcik berkenaan turut menjelaskan mereka ke sana kerana anak menantu telah membelikan barangan dari kedai di pusat beli-belah itu sempena hari jadi isteri dan perlu ditukar saiznya.
“Jangan sesekali malu atas apa yang Allah dah kurniakan untuk diri kita. Setiap besar zarah kurniaan nikmat Allah, itulah yang terbaik untuk diri kita. Usah malu jika kita tak sekaya mereka, asal kita tidak meminta-minta, sentiasalah bersyukur.”
Malah dalam video itu dia turut menasihatkan orang ramai untuk menggunakan hayat yang masih ada untuk mencipta kenangan.
Sifatkan tak akan ke TRX kerana bukan levelnya
Dia turut mengatakan jika tidak kerana ingin menukar barang, mereka memang tidak akan ke pusat beli-belah berkenaan.
“Patutlah dia orang kata tak akan ayah nak pakai kain (ketika ingin berkunjung ke TRX). Bukan standard kita orang lah kan, walaupun kita duduk KL hmm,” ujarnya sambil ketawa.
Bukan hanya itu, pakcik tersebut turut menyifatkan dia hanya orang kampung dan mengatakan ketika ingin memarkir kereta juga mereka sesat.
“Kebahagian kami simple. Semoga kali hargai pasangan hidup masing-masing. Sukar nak mencari orang yang mampu memahami kita. Biarlah punya kekurangan asal sentiasa bersyukur.”
Meskipun merendah diri, namun kedengaran pakcik ini begitu bagus dalam komunikasi khususnya dalam bertutur Bahasa Inggeris ketika bercakap dengan staf di butik kasut terbabit.
Video penuh di sini .
Ramai seronok lihat kemesraan pasangan warga emas
Melihat di ruangan komen, ramai yang bahagia melihat kemesraan pakcik dan makcik apabila kelihatan gembira meskipun sesat dalam pusat beli-belah berkenaan.
Tidak kurang juga ramai yang suka dengan cara mereka yang dilihat begitu merendah diri.
“Tak apa pakcik, yang jalan-jalan dalam TRX tu pun bukannya ada duit pun. Masuk sebab nak aircond je”

“Haish seronoknya dapat partner sampai tua macam ni. Bahagia dan sihat selalu pakcik makcik. Semoga diberkati hidupnya sampai akhir hayat sampai syurga”

“Tak apa pakcik. Yang muda-muda ni pun masuk nak window shopping dengan kena aircond je. Tak mampu lagi nak beli barang mahal-mahal dalam tu. Semoga pakcik dan makcik sihat selalu.”

“Macam tengok mak ayah sendiri”





![“Saya Tak Sebut Premium, Saya Kata Mahal”- Kieda Crepe Ulas Isu Tiramisu RM40 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
