Perlu Ke Guna RON97 Kalau Bawa Big Bike? Ini Penjelasannya [Video]

19 Feb 2025 • 10:12 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Di Malaysia, boleh dikatakan ramai juga yang meminati arena permotoran motosikal. Daripada golongan muda sampailah yang dah berusia.

Walaupun mereka ini kongsi minat yang sama, tapi setiap individu pastinya mempunyai citarasa serta cara ‘riding’ yang tersendiri dan berlainan.

Ada yang suka menunggang motosikal secara santai dan ada pula yang sebaliknya, maklumkah jenis jentera dua roda pun berbeza-beza sama macam kereta.

Siapa yang sesuai guna RON97?

Persoalannya, perlu ke guna minyak RON97 sekiranya kita menunggang motosikal berkuasa tinggi atau kaki ‘full throttle’.

Menerusi satu video yang dikongsikan di platform Power On, kelihatan dua lelaki berkongsi minat terhadap motosikal namun kedua-duanya memiliki karakter yang berbeza.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Naim gemar menunggang secara santai dan rakannya, Ali pula berjiwa kelajuan, pantang pulas ‘throttle’ mesti tak nak lepas.

Motosikal berkuasa tinggi lebih baik isi RON97

Semasa kedua-dua mereka mengisi minyak di PETRONAS, Ali telah mencuri tumpuan Naim kerana mengisi PETRONAS Primax 97 pada motosikal berkuasa tingginya.

Jelas Ali, minyak petrol dengan RON yang tinggi adalah penting sekiranya seseorang itu menggunakan motosikal dengan enjin mampatan tinggi (high compression engine) untuk mengelakkan masalah ‘knocking’ dan memastikan prestasinya tahan lebih lama.

Ini kerana, minyak petrol RON97 mempunyai kandungan oktana (octane) yang lebih tinggi berbanding RON95.

Apa itu octane dan fungsinya kepada enjin

Mari kami jelaskan secara ringkas dan mudah. Maksud RON yang biasa anda dengar pada RON95, RON97, dan RON100 ialah singkatan nama bagi ‘Research Octane Number’.

Kandungan octane ini berfungsi sebagai ‘anti-knock’ iaitu bahan yang menstabilkan petrol supaya tidak terbakar dengan sendirinya ketika campuran udara dan petrol dimampatkan dalam silinder.

‘Knocking’ pula merupakan kejadian letupan tidak terkawal yang berlaku dalam kebuk pembakaran (combustion chamber) semasa pra-cucuhan (pre-ignition) yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada komponen enjin.

Jadi, semakin tinggi nilai octane dalam bahan api, semakin kuat juga rintangannya kepada pra-pencucuhan sewaktu ianya dimampatkan ke dalam ‘combustion chamber’ dan semakin kuranglah kejadian ‘knocking’.

Kenali jenis motosikal yang digunakan untuk tentukan pilihan minyak yang tepat

Kaki motor juga perlu tahu mengenai jentera yang ditunggangi terlebih dahulu sebelum menentukan pilihan minyak petrol yang ingin digunakan.

Bagaimanapun, RON95 atau RON97 tidak menjadi masalah jika ingin digunakan pada apa jenis enjin petrol sekalipun memandangkan ada sesetengah negara yang tidak menyediakan pilihan petrol dengan kandungan octane yang tinggi.

Selain itu, jentera moden pada masa kini juga telah dilengkapi dengan teknologi ‘Engine Control Unit’ (ECU) yang membenarkan enjin beroperasi dalam julat RON yang berbeza.

Kesimpulannya, RON97 dan ke atas sesuai digunakan buat jentera yang menggunakan enjin cc tinggi, namun tidak menjadi masalah jika ingin menggunakan RON yang lebih rendah, cuma enjin tidak akan dapat memberi kuasa sepenuhnya.

Manakala enjin dengan cc rendah pula boleh menggunakan RON yang lebih tinggi, tetapi tiada apa-apa kelebihan yang akan diperolehi.

Bukan hanya jenis petrol, ini perkara lain yang perlu dijaga sekiranya sayang enjin

Enjin ini sama sahaja macam manusia, kalau kita sayang seseorang itu kita pasti akan menjaganya dengan sebaik mungkin bukan?

Sama seperti enjin, bukan hanya jenis petrol yang perlu diambil berat, minyak hitam juga perlulah ditukar mengikut waktunya, lagi-lagi jenis yang suka memecut.

image is not available

Selain itu, tayar, brek dan rantai motosikal juga penting, semua ini perlulah berada dalam keadaan baik bagi memastikan jentera sentiasa terjaga dan selama untuk ditunggang.

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata anda semua tentang jenis minyak yang bersesuaian dengan enjin motosikal.

Nak lagi mudah faham, tonton je video di bawah:

“Tak kisah guna RON apa yang penting pandai bawa, kalau tak pandai bawa, goyang dik goyang…”