Perluas advokasi nuklear ke sekolah, bentuk kefahaman usia muda

LocalTechnology
18 Aug 2026 • 12:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perluas advokasi nuklear ke sekolah, bentuk kefahaman usia muda

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) terus memperluas Program Advokasi Nuklear ke peringkat sekolah rendah menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi membentuk kefahaman tepat mengenai teknologi nuklear sejak usia muda.

Menterinya, Datuk Chang Lih Kang berkata, kefahaman masyarakat mengenai teknologi nuklear perlu diperkukuh bagi memastikan teknologi itu dinilai berdasarkan manfaat dan aplikasi saintifiknya serta tidak hanya dikaitkan dengan senjata atau kemusnahan.

“Apabila disebut nuklear, ramai yang terus terbayangkan risiko dan kemusnahan. Sedangkan teknologi nuklear mempunyai pelbagai manfaat dan digunakan dalam banyak bidang termasuk kesihatan, pertanian, industri, tenaga dan alam sekitar.

“Sebab itu kita mahu masyarakat, khususnya generasi muda, memahami teknologi nuklear berdasarkan fakta dan ilmu pengetahuan supaya persepsi yang kurang tepat dapat diperbetulkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Bagi memperluas pendedahan mengenai teknologi nuklear, katanya, kementerian berhasrat memperkenalkan usaha advokasi ke peringkat sekolah rendah melalui kerjasama dengan KPM.

“Pendedahan sejak usia muda penting bagi membentuk kefahaman yang tepat dan menyemai minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM),” katanya.

Sehingga kini, Program Advokasi Nuklear telah dilaksanakan di 12 lokasi di seluruh negara, termasuk Zon Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak.

Pelaksanaan program ini selaras dengan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 yang menyokong pembangunan dan penggunaan teknologi nuklear secara aman, selamat dan bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat, serta kemajuan negara. – KOSMO! ONLINE

The post Perluas advokasi nuklear ke sekolah, bentuk kefahaman usia muda appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved