Perlumbaan F1 Di Sepang Tergendala Semalam Kerana Pepijat Sehingga Memerlukan Kemaskini Perisian Kecemasan

TechnologySports
5 Oct 2026 • 5:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perlumbaan F1 Di Sepang Tergendala Semalam Kerana Pepijat Sehingga Memerlukan Kemaskini Perisian Kecemasan

Perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Di Malaysia bermula dan berakhir dengan drama selepas hujan yang datang mencurah-curah sebelum perlumbaan bermula. Situasi menjadi semakin kabut selepas kereta yang dipandu oleh Lewis Hamilton, Charles Leclerc, Valtteri Bottas, dan Oliver Bearman terhenti secara mengejut ketika melakukan pusingan pembentukan. Perlumbaan tergendala lebih sejam dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) tampil mengeluarkan kenyataan rasmi kenapa ini berlaku.

Menurut FIA pepijat dalam sistem yang digunakan kereta F1 menyebabkan enjin kehilangan kuasa secara tiba-tiba. Sistem menghadkan kuasa pada MGU-K (Motor Generator Unit- Kinetic) yang membekalkan kuasa elektrik ke 250kW semasa hujan daripada 350kW dalam situasi biasa.

Semasa bergerak melewati lengkok ke 9, kuasa MGU-K dimatikan tetapi gabungan kereta yang perlahan dan tekanan turbo yang rendah menyebabkan enjin beberapa kenderaan mati secara tiba-tiba.

Image from: Perlumbaan F1 Di Sepang Tergendala Semalam Kerana Pepijat Sehingga Memerlukan Kemaskini Perisian Kecemasan

Perisian mematikan MGK-U selama 60 minit dalam situasi tertentu atas sebab keselamatan serta mengelak kenderaan mengelat. Tetapi dalam situasi semalam, ia menyebabkan kenderaan terus tersadai sehingga perlumbaan perlu dimulakan semula. FIA buat pertama kalinya memberikan kemas kini perisian kecemasan di Sepang untuk menyelesaikan pepijat ini dan hanya selepas itu perlumbaan dimulakan semula.

Ini kali pertama dalam sejarah F1 sistem kenderaan mempunyai pepijat sehingga permulaan perlumbaan ditunda dan kemas kini diberikan untuk menyelesaikannya. Ia menunjukkan bagaimana kenderaan F1 juga mempunyai isu perisian seperti semua kenderaan model dan bukan lagi kereta lumba analog seperti zaman Ayrton Senna, Nigel Mansell, Damon Hill dan Alain Prost.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved