Samsung Galaxy Watch9 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon Wear Elite– Harga Bermula RM1499

TechnologyDigital
22 Jul 2026 • 9:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Watch9 hadir sebagai generasi baharu peranti boleh pakai mereka. Walaupun mengekalkan rekaan tahun lalu, model ini menerima peningkatan dalaman yang lebih menyeluruh. Antara penambahbaikan diberikan termasuk prestasi yang lebih baik,serta ciri pemantauan kesihatan yang kini lebih komprehensif.

Image from: Samsung Galaxy Watch9 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon Wear Elite– Harga Bermula RM1499

Samsung Galaxy Watch9 ditawarkan dalam dua saiz, iaitu 44 mm dan 40 mm. Kedua‑duanya menggunakan skrin AMOLED yang mampu mencapai kecerahan sehingga 3000 nits dengan saiz 1.47″ bagi model 44mm dan 1.34″ bagi model 40mm.

Galaxy Watch9 44mm hadir dengan bateri berkapasiti 445mAh, manakala model 40mm pula dilengkapi bateri 390mAh. Selain itu, kedua‑dua model menyokong ketahanan 5 ATM, IP68 dan MIL‑STD 810H menjadikannya lebih lasak untuk penggunaan harian mahupun aktiviti luar.

Lebih penting, kedua‑dua model dikuasakan oleh cip Snapdragon Wear Elite, yang menjadi peningkatan utama pada generasi ini. Menurut Samsung, cip tersebut menawarkan kecekapan tenaga yang lebih baik sekali gus memastikan prestasi yang stabil dan penggunaan bateri yang lebih efisien sepanjang hari. Ini juga merupakan kali pertama Samsung menggunakannya selepas beberapa tahun bergantung pada cip Exynos keluaran mereka sendiri.

Image from: Samsung Galaxy Watch9 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon Wear Elite– Harga Bermula RM1499

Samsung turut memperkenalkan beberapa ciri kesihatan baharu seperti Daily Cardio Load, Fitness Index, Heart Health Score, dan Hearing Protection. Fungsi Vitals pula berupaya memantau kadar nadi, oksigen darah, suhu kulit dan kadar pernafasan bagi memberikan gambaran kesihatan yang lebih menyeluruh. Di samping itu, ciri Raise to Talk membolehkan pengguna berkomunikasi dengan Gemini atau Bixby hanya dengan mengangkat pergelangan tangan.

Sistem operasi yang digunakan ialah One UI 9 Watch berasaskan Wear OS 7. Oleh pelbagai ciri Gemini Intelligence seperti menyeru Gemini, melakukan suntingan gambar dengan Nano Banana, dan melakukan pesanan makanan terus daripada jam boleh dilakukan.

Harga jualan rasmi di Malaysia adalah seperti berikut dalam pilihan warna Graphite, Silver dan Cream.

Model Harga
Galaxy Watch9 40mm (Bluetooth)RM 1,499
Galaxy Watch9 40mm LTERM 1,799
Galaxy Watch9 44mm (Bluetooth)RM 1,599
Galaxy Watch9 44mm LTERM 1,899

Pratempahan kini dibuka bermula hari ini, dan pelanggan yang layak boleh menikmati pelbagai promosi menarik. Antara tawaran yang disediakan termasuk percubaan Strava selama dua bulan secara percuma, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM200 serta baucar Registration of Interest bernilai sehingga RM120.

Selain itu, pelanggan turut layak menerima potongan harga sebanyak 10% apabila membeli Galaxy Watch9 bersama model terpilih daripada siri Galaxy Z atau Galaxy S, di samping potongan sehingga 30% untuk tali jam Galaxy Watch terpilih apabila dibeli bersama peranti tersebut.

Image from: Samsung Galaxy Watch9 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon Wear Elite– Harga Bermula RM1499
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved