Permainan untuk “orang OCD” kini hadir dalam versi mudah alih

Gaming
25 Aug 2023 • 2:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Unpacking adalah permainan yang dilancarkan dalam tahun 2021. Ia adalah permainan yang sesuai dimainkan oleh golongan OCD kerana ia tiada objektif khusus kecuali jadikan ruang bilik nampak cantik dengan menyusun barang-barang yang berselerak.

Kini, anda boleh layani permainan itu dalam mode mudah alih kerana ia sudahpun tersedia untuk platform Android dan iOS.

image is not available

Sewaktu ulang tahun pertama pelancarannya, permainan ini sudahpun terjual lebih sejuta salinan, tercalon dalam 50 anugerah dan menangi 20 daripadanya. Untuk sebuah studio yang tidaklah besar, ia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.

image is not available

Menurut kemas kini yang diutuskan di blog pembangun, Unpacking versi mudah alih ini adalah lengkap pakejnya dan ia telah dioptimumkan untuk skrin sesentuh. Sebelum ini, Unpacking telah sedia dinikmati pengguna PC, PS, Xbox, dan Nintendo Switch.

image is not available

Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, anda boleh pergi ke gedung dalam talian Apple AppStore ataupun Google Play Sore.

Sumber: Witch Beam