
BANGKOK – Monarki Thailand, Permaisuri Suthida memandu pesawat diraja ke Jepun seorang diri kelmarin untuk lawatan sembilan hari bagi menyaksikan Kejohanan Hoki Ais Wanita Asia Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) 2027, lapor laman berita VNExpress.
Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana menerbangkan pesawat itu ke Sapporo, di mana baginda dijadualkan menyampaikan pingat dan trofi kepada atlet yang bertanding, kata Jabatan Perhubungan Awam Kerajaan Thailand.
Pesawat diraja Thai itu berlepas dari Lapangan Terbang Tentera Don Mueang di Bangkok dan mendarat di Lapangan Terbang New Chitose, Hokkaido pukul 10.05 pagi ( waktu tempatan) kelmarin. Baginda kemudian memandu sendiri ke hotel penginapannya di Sapporo.
Lawatan dijadualkan dari 14 hingga 22 Oktober ini adalah atas jemputan presiden IIHF, bagi mengiktiraf peranan Permaisuri Suthida sebagai Duta Global Wanita pertama persekutuan itu.
Pada 8 Oktober lalu., Ratu Suthida menjadi tumpuan selepas menyempurnakan penerbangan solo pertamanya memandu jet pejuang JAS 39C Gripen di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn, yang juga juruterbang berpengalaman. Ini menjadikannya monarki pertama di dunia memandu jet pejuang. – AGENSI
The post Permaisuri Thailand pandu pesawat diraja seorang diri ke Jepun appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] Raja dan Permaisuri Thailand ke Pattani hadir tilawah al-Quran](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/thailand-al-quran-tilawah-1024x697.jpeg)



