Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) Sesi 2027

17 Jul 2026 • 11:31 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) untuk murid-murid tahun 3 sesi persekolahan 2024 di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dalam negeri Pahang untuk tahun 4 sesi persekolahan 2026 yang boleh dipohon menerusi sekolah atau melalui ADUN/Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini untuk makluman bersama.

Image from: Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) Sesi 2027

Apakah Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)?

Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diperkenalkan pada tahun 2002. Biasiswa ini diberikan kepada murid – murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah – sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Pada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin / daif dengan pendapatan keluarga dibawah paras RM700 sebulan. Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,500 sebulan.

Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) telah dinaikkan daripada RM250 setahun kepada RM300 setahun bagi murid Tahun 4 hingga 6.

Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat hanya melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, Selain itu, pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

Bermula tahun 2022, Biasiswa Sekolah Rendah ini (BSR) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah).

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 15 Julai 2026 sehingga 28 Ogos 2026.

Syarat Kelayakan

Kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
  9. Murid yang pernah digantung / dibuang sekolah tidak layak memohon.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui SEKOLAH atau melalui ADUN/Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang SAHAJA.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)?

Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) ialah biasiswa yang diberikan kepadamurid Tahun 4 yang sedang belajar di sekolah–sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Bilakah permohonan biasiswa ini boleh dibuat?

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat pada 15 Julai 2026 sehingga 28 Ogos 2026.

Kategori sekolah manakah yang layak memohon biasiswa ini?

Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.

Berapakah pendapatan kasar keluarga pemohon yang boleh memohon?

Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) adalah tertakluk kepada pemilihan semasa pada tahun tersebut.

Bagaimanakah permohonan biasiswa ini boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat melalui sekolah atau melalui ADUN/Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-518 1800 atau melayari laman web www.yp.org.my.

    Baca juga: Permohonan Biasiswa Pahang Sekolah Menengah 2026 (Tingkatan 6 Rendah)

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved