Pernah Bantu Naikkan Nama, Shiha Zikir Kecewa Dikutuk Penyanyi Sendiri - "Salah Saya Kerana..."

21 Nov 2026 • 11:20 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Pernah Bantu Naikkan Nama, Shiha Zikir Kecewa Dikutuk Penyanyi Sendiri - "Salah Saya Kerana..."

Penyanyi, Shiha Zikir meminta syarikat rakaman supaya lebih berhati-hati dalam memilih penyanyi baharu di bawah naungan mereka.Menerusi perkongsian di Threads, Shiha meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang pernah dibantunya untuk mengembangkan kerjaya seni dipercayai bercakap buruk mengenai dirinya.“Kepada semua record label, hati-hati jika nak cari penyanyi baharu. Kadang-kadang kita dah bantu sehabis baik, namun akhirnya mereka bercakap di belakang."Salah saya juga kerana terlalu mudah beri peluang, mudah sayang orang dan percaya seratus peratus dengan kata-kata manis ‘akaklah cahaya bagi saya’,” tulisnya.Dalam masa sama, Shiha bersyukur kerana perkara sebenar terbongkar dengan sendiri tanpa perlu mencarinya.“Allah Maha Adil. Sekejap sahaja dapat bukti semua itu tanpa kita cari. Allah lorongkan manusia-manusia lain untuk tiba-tiba dapat maklumat ini,” katanya.Pelantun lagu Minta Ampun itu turut berpesan kepada penyanyi baharu supaya menjaga sikap dan tidak melupakan jasa individu yang banyak membantu perjalanan seni mereka.“Ingat, kalau nak jadi penyanyi, kena ada attitude yang bagus. Demi exposure pun rupanya banyak bunyi di belakang. Selepas itu, boleh dengar cakap kawan-kawan yang tiada pengetahuan dalam bidang ini.“Mulalah dari bawah dan berusaha perlahan-lahan. Jangan bandingkan diri dengan orang lain yang mempunyai attitude bagus, rajin dan sudah lama dalam industri."Paling penting, jadilah manusia yang tahu mengenang budi orang yang dah berusaha macam-macam untuk awak,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved