Pernah Berhabis RM100,000 Untuk Barang Mewah…Anzalna Nasir Dah Sedar - “Harga Satu Beg Boleh Bantu Ramai Orang

20 Aug 2025 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir mengakui dirinya pernah berbelanja besar sehingga mencecah RM100,000 hanya untuk membeli barangan mewah.

 

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Anzalna bagaimanapun berkata kini, dia tidak lagi mahu berbelanja seperti dahulu kerana mula sedar nilai wang itu mampu dimanfaatkan untuk perkara yang lebih baik.

image is not available

“Dulu saya boleh dengan mudah berhabis lebih RM100,000 untuk jenama mewah.

 

“Sekarang saya masih beli benda yang saya suka tapi tidaklah segila dulu. Sebab sekarang saya sedar… harga satu beg berjenama itu sebenarnya boleh memberi makan kepada banyak keluarga, menyokong ibu bapa yang sedang bergelut atau membantu seseorang untuk bangkit semula,” tulisnya.

 

Menurut Anzalna, semakin meningkat usia, dia lebih cenderung untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadikan kehidupan lebih bermakna.

 

“Semakin saya meningkat usia, hati saya hanya mahu semakin dekat dengan Allah.

 

“Hidup rasa lebih bermakna bila saya gunakan untuk buat kebaikan, memberi dan mencari keberkatan-Nya. Saya harap saya akan kekal begini, insya-Allah. Doakan saya,” katanya lagi.

 

Perkongsian tersebut menerima pujian warganet yang rata-rata kagum dengan transformasi serta penghijrahan hidup Anzalna yang semakin matang dalam membuat pilihan.


Sumber:

image is not available

Gaya Daiyan, Harga Ringan

Gayakan diri seperti Daiyan Trisha—anggun, bergaya dan elegan tanpa perlu belanja besar.