Pernah Cecah Jualan RM200 Juta, Jenama Pakaian Popular Umum ‘Gulung Tikar’ – “Kilang Dulu Beroperasi Kini Sepi”

LocalBusiness & Finance
28 Sep 2025 • 1:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, di laman Threads, tular satu hantaran mendedahkan jenama pakaian yang pernah menjadi rebutan rakyat Malaysia iaitu Sabella dan Hasnuri kini difahamkan akan menutup operasi untuk selamanya.

Dalam hantaran tersebut, jenama yang dahulunya pernah mencipta sejarah kerana berjaya mencecah jualan sebanyak RM200 juta tidak lagi dapat diteruskan susulan sudah tidak mendapat sambutan seperti sebelum ini.

Disebabkan berita penutupan tersebut, kilang yang sebelum ini giat beroperasi kini sudah sunyi sepi dan tutup untuk selamanya.

Penutupan jenama-jenama pakaian yang pernah popular ini bukan saja meruntuhkan nama, malah turut mengugat periuk nasi pekerja-pekerja yang selama ini berkhidmat untuk menaikkan jenama-jenama pakaian ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata merasakan penutupan jenama tersebut berlaku susulan kekurangan marketing, malah kini juga sudah banyak persaingan di dalam industri fesyen.

image is not available

image is not available

image is not available 2025-07-29 16:44:18

Netizen Tertanya-Tanya Status Cawangan Bubblebee Milik Shuib - "Semua Sudah Ditutup?"