Putri Dahlia Buka Tudung, Datuk Nora Ariffin Beri Respon Terhadap Kecaman – “Hidayah Milik Allah”

EntertainmentLifestyle
23 Sep 2025 • 1:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin akhirnya membuka mulut mengenai imej terbaharu anaknya, Putri Dahlia yang kini memilih untuk tidak berhijab.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin berkata, sebagai seorang ibu, dia tidak pernah berhenti memberikan nasihat terbaik buat anak-anaknya.

image is not available

Hidayah itu milik Allah SWT. Sebagai ibu, saya sentiasa memberikan nasihat yang baik-baik dan tidak pernah putus berdoa memohon segala kebaikan untuk anak-anak. Allah saja yang tahu apa yang kami lalui.

Buat masa ini, saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar mereka diberikan hidayah serta pedoman untuk kembali ke pangkal jalan. Terima kasih semua.

Terdahulu, Putri Dahlia mencuri perhatian ramai apabila tampil tidak berhijab di malam Anugerah Industri Muzik ke-24.

Ketika ditemui media, Putri yang kini hanya mahu dikenali sebagai Dahlia menjelaskan bahawa keputusan itu diambil sebagai langkah memulakan perjalanan baharu dalam memahami agama dengan lebih mendalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-23 12:45:26

Anak Linda Hashim & Beego, Anggun Cassandra Cedera Melecur Terkena Air Panas - "Mummy Tak Kuat Dah"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved