Pernah Dapat Hampir 10,000 Shopee Coins, Lelaki Dedah Cara Kumpul Coins Supaya Berbaloi

30 Jul 2024 • 4:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Di zaman serba canggih ni, hampir semua urusan beli-belah boleh settle melalui phone je. Daripada urusan beli-belah macam pakaian, barangan dan makanan, serba serbi boleh dibuat secara online.

Lebih-lebih lagi bila guna aplikasi Shopee. Korang sendiri pun tahu kan yang kalau shopping dekat app dia boleh dapat macam-macam faedah seperti Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum dan Coins Cashback.

Bercakap tentang Coins Cashback ni, siapa yang pandai manfaatkan peluang memang akan kumpul banyak-banyak. Bukan apa, bila Coins dah banyak, boleh guna untuk beli barang lain pula. Kiranya beli guna Coins, bukan duit kita lagi. Kan jimat macam tu?

Sekarang tak risau dah sebab Shopee Delivery pun laju, so proses nak dapatkan Coins tu takdelah lama sangat nak tunggu. Biasanya tiga hari dah sampai, dapat Coins dan boleh terus guna untuk beli barang lain.

Macam mana nak dapatkan Shopee Coins?

Kalau dah tahu betapa istimewanya Shopee Coins ni, mesti ramai yang nak kumpul kan. Baru-baru ni pun ada min nampak kat sosial media orang kongsikan cara nak dapatkan Shopee Coins dengan mudah. Caranya simple je tapi menjadi bila min try sampai dapat +9,012 coins.

image is not available

Bila min ringkaskan, cara-cara yang dikongsikan oleh lelaki tersebut adalah seperti:-

  • Bila korang beli barang2 mahal, check semua voucher mana lagi berbaloi. Nak lagi berbaloi, guna je voucher 12 – 15% cashback.
  • Rajin2 kan review barang. Sebab sekarang ni Coins untuk review dekat Shopee dah dinaikkan kepada 10 Coins!
  • Nak lagi best, korang join game2 best dekat Shopee. Lagi2 baru ni tengah demam Olimpik kan, diorang ada game baru bertemakan Olimpik. Kat situ boleh dapat lagi banyak Coins!

Sebenarnya mudah je nak dapatkan Coins tapi kena buat lah baru dapat kan. Paling best dapat banyak coin sebab main game Olimpik je? Tapi apa kaitan pulak Shopee dengan Olimpik ni?

Tanda Sokongan Kepada Atlet Malaysia, Shopee Bawakan Shopeelympics

Shopee kini telah melancarkan Shopeelympics Harian sebagai satu tanda sokongan kepada atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024. Shopeelympics Harian ini juga dilancarkan selaras dengan 8.8 Festival Shopee Live!

Yang pasti, terdapat banyak baucar dan promosi yang ditawarkan melalui sokongan yang ditunjukkan kepada atlet-atlet negara kita.

Bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos, ada TIGA aktiviti menarik yang ditawarkan iaitu:

  • Shopee Live MEOW-Lympics: Program penstriman langsung selama tiga hari yang direka khas untuk pencinta kucing dan peminat Olimpik. Tonton Shopee Live dari 12 tengah hari – 1 petang pada 30 Julai, 1 Ogos dan 6 Ogos untuk update terkini Olimpik, trivia, mengimbas kembali memori Olimpik lalu, dan permainan ramalan yang menyeronokkan di mana ada maskot kucing yang meramal siapakah pemenang. Malahan, enam pembeli teratas semasa acara ini boleh membawa pulang sesi fotografi profesional bersama haiwan kesayangan mereka yang bernilai RM599!

image is not available

  • Shopee Shake: Hasil kerjasama dengan Astro Malaysia, korang berpeluang memenangi sehingga 888,888 Shopee Coins! Korang hanya perlu sertai Shopee Shake dari Isnin hingga Khamis dan tonton NADI Arena di Astro Arena (CH 801 & 802) pada jam 8 malam dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

image is not available

  • Trivia Shopeelympics: Membolehkan korang menguji pengetahuan korang tentang Olimpik dari Jumaat hingga Ahad!

image is not available

Psstt! Korang nak tahu, Shopee juga akan memberi baucar eksklusif untuk setiap pingat yang dibawa pulang oleh atlet kita di Olimpik!

Nak tahu lebih lanjut tentang Shopeelympics Harian dan 8.8 Festival Shopee Live, korang klik je link yang min sediakan di sini.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai kita sokong wira negara bersama Shopee. Mari kita bersorak untuk Malaysia di Olimpik 2024!