Pernah Dikecam Selit Unsur Benci Islam, Ini Cara ‘Marry My Husband’ Selesaikan Isu Itu

Entertainment
18 Jan 2024 • 10:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, “Marry My Husband” berjaya melepasi satu kontroversi yang mungkin menyebabkan ianya diboikot.

Sebelum ini, rata-rata pembaca webtoon asal drama berkenaan telah menggesa semua peminat Muslim K-Drama agar tidak menonton siri itu memandangkan mereka ada menyelitkan babak seolah-olah menghina Islam di dalamnya.

Babak itu terdapat dalam episod ke-18 webtoon itu di mana penulis memaparkan bahawa idea asal Kang Ji-won yang dicuri orang atasan untuk memasarkan makanan halal telah pun dibatalkan kerana serangan pengganas Islam,

Sekumpulan Islam (Muslim) menculik dan bahkan membunuh orang Korea.

image is not available

Malah ramai yang mengeluarkan kenyataan ingin memboikot drama ini memandangkan penlis asal webtoon iaitu Song So-jak dilihat tidak melakukan permohonan maaf secara rasmi namun hanya memadam sahaja babak bermasalah itu.

Namun dalam tayangan episod ke-6 “Marry My Husband”, sepertinya mereka telah menyelesaikan konflik babak berkenaan dengan mengubahnya. Dalam versi drama, Kang Ji-won (Park Min-young) membalas dendam terhadap orang atasan yang mencuri ideanya dengan menyebarkan video ketua atasan menyerang pramugari di dalam penerbangan hingga menyebabkan dia dikecam hebat oleh warga Korea Selatan. Hal itu, menyebabkan imejnya memburuk sekaligus idea yang sepatutnya dipasarkan kini tidak lagi digunakan syarikat mereka.

Komen penonton,

Baru saya boleh tonton bila mereka dah ubah babak ini.

 

Lega mereka ubah babak melibatkan hal halal dan serangan pengganas itu.

 

Bagus, lain dari webtoon.

So, apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.