Pernah diminta, tapi saya tidak tandatangan proklamasi – Aminuddin

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 12:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pernah diminta, tapi saya tidak tandatangan proklamasi – Aminuddin

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mendedahkan beliau pernah diminta untuk menandatangani dokumen proklamasi bertarikh 19 April 2026 ketika masih menerajui kerajaan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Aminuddin berkata, beliau memilih untuk tidak berbuat demikian kerana terdapat persoalan serius berhubung proses dan kesahihannya.

Aminuddin berkata, dokumen itu dikemukakan kepada beliau pada 20 April lalu untuk ditandatangani dengan merujuk kepada proses di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

“Saya membuat keputusan untuk tidak menandatangani dokumen tersebut. Keputusan itu dibuat kerana terdapat persoalan serius mengenai proses yang dilalui,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Menurut beliau, Perkara 10 UUTKNS bukan sekadar menyentuh mengenai kuasa berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar, sebaliknya turut menetapkan proses tertentu yang perlu dipenuhi, termasuk berkaitan siasatan yang penuh dan lengkap.

Katanya, ketika itu wujud pertikaian mengenai kedudukan salah seorang pihak yang terbabit sebagai Undang Luak Sungei Ujong.

“Saya mengambil pendirian berdasarkan nasihat undang-undang bahawa Menteri Besar tidak sepatutnya meletakkan tandatangan pada dokumen yang mempunyai implikasi begitu besar terhadap institusi raja selagi persoalan mengenai proses dan kesahihannya belum benar-benar jelas. Ini pendirian saya dan alhamdulillah hari ini pendirian ini kekal,” katanya.

Aminuddin turut menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai masalah sekiranya pentadbiran terdahulu dipersoalkan, namun perkara tersebut perlu dibuat berdasarkan dokumen, rekod dan kronologi yang boleh disemak.

Beliau berkata, rakyat juga berhak mengetahui keadaan sebenar yang menyebabkan tandatangan Ismail berada pada dokumen proklamasi tersebut sebelum beliau kemudian mendakwa dirinya dipaksa menandatanganinya. – KOSMO! ONLINE

The post Pernah diminta, tapi saya tidak tandatangan proklamasi – Aminuddin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved