Tengku Zafrul Gesa MB Negeri Sembilan Dedah Pihak Didakwa Paksa Tandatangan Proklamasi

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 10:06 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tengku Zafrul Gesa MB Negeri Sembilan Dedah Pihak Didakwa Paksa Tandatangan Proklamasi

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  menggesa Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim menjelaskan siapa yang didakwa memaksanya menandatangani Surat Cara Proklamasi berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 3 Ogos lalu.

‘Kenyataan Tujuh Halaman Tak Jelas Tentang Pendirian Menteri Besar Dalam Menandatangani Proklamasi’ – Zafrul

Menurut Zafrul, meskipun terdapat tujuh halaman kenyataan dikeluarkan oleh Ismail semalam (24 September), namun persoalan itu masih belum terjawab.

“Kenyataan tujuh halaman hari ini (semalam) masih menegaskan kerajaan tidak menentukan siapa menaiki atau meninggalkan takhta dan perkara tersebut perlu melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa.

“Tetapi ia masih tidak menjelaskan perubahan pendirian Menteri Besar sendiri. Betulkah anda (Ismail) dipaksa menandatangani proklamasi pada 3 Ogos? Jika benar, siapa yang memaksa anda?” soalanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Dakwa Tandatangan Proklamasi Pada 9 Sept Tanpa Rela Hati Tapi Proklamasi Didakwa Sah Pada 15 Sept, Apa Yang Ubah Pendirian MB? – Zafrul

Beliau dalam masa sama mempersoal kenyataan Menteri Besar pada 15 September lalu yang mengatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah walhal pada 9 September yakni beberapa hari sebelumnya, Ismail berkata proklamasi itu ditandatangani secara paksaan.

“Jika pada 6 September anda masih menyatakan sokongan penuh dan taat setia kepada Tuanku Muhriz, dan pada 9 September mendakwa proklamasi itu ditandatangani secara paksaan, apa yang berubah sehingga Exco pada 15 September mengambil pendirian bahawa proklamasi itu sah?

“Apakah yang menyebabkan perubahan pendirian itu? Adakah anda juga dipaksa seperti mana dakwaan anda semasa menandatangani proklamasi.

“Jika terdapat tekanan untuk mengubah pendirian anda, siapa yang terlibat dan siapakah yang anda temui dalam tempoh tersebut?” soal Zafrul lagi.

Sebelum ini, Ismail Lasim dalam satu sidang media menjelaskan bahawa Menteri Besar dan Exco tidak ada kuasa untuk menaik atau menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar.

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Sifatkan Tindakan MB Negeri Sembilan & Exco “Biadab & Tak Bertamadun”, Ini Respon Ismail Lasim [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pembatalan Pelantikan Ahli MMKN Diwartakan, 10 Exco Negeri Sembilan Hilang Jawatan

‘Menteri Besar Dakwa Dipaksa Tandatangan Hal Berkaitan Kedudukan Raja, Ini Bukan Persoalan Kecil’ – Zafrul

Zafrul dalam kenyataan sama berkata dakwaan dipaksa untuk menandatangani proklamasi adalah satu perkara serius kerana ia membabitkan kedudukan Raja, malah turut membuat laporan polis mengenainya.

Jelasnya, Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos sebelum menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan penurunan takhta berkenaan sehari kemudian.

“Ini bukan persoalan kecil. Seorang Menteri Besar telah mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen berkaitan kedudukan Raja, membuat laporan polis mengenainya dan secara terbuka menyatakan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz.

“Tidak sampai sepuluh hari kemudian, kerajaan yang dipengerusikannya mengesahkan proklamasi itu dan meminta proses pewartaannya diteruskan.

“Apa yang sebenarnya berubah antara 9 dan 15 September?” soalnya.

Baca Artikel Berkaitan: MB N9 Buat Laporan Polis, Dakwa Dipaksa Tandatangan Surat Cara Proklamasi

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Tamat Pelantikan EXCO N9 Tanpa Nasihat MB Tidak Berperlembagaan, EXCO Jalan Tugas Seperti Biasa – Ismail Lasim

Baca Artikel Berkaitan: Pembatalan Pelantikan Exco N9 Oleh Tuanku Muhriz Sah, Kenyataan Ismail Lasim Tidak Ada Kesan – Peguam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved