Pernah Disangka Adik Mimi Lana, Ini Jawapan Amirah Razak - "Memang Ada Yang Kata..."

6 Nov 2026 • 7:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Pernah Disangka Adik Mimi Lana, Ini Jawapan Amirah Razak - "Memang Ada Yang Kata..."

Pelakon baharu, Amirah Razak mengakui pernah disangka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle gara-gara namanya serta penampilannya yang dikaitkan dengan kedua-dua selebriti berkenaan.Amirah atau nama sebenarnya Nur Amirah Aisyah Abdul Razak, 27, bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan Mimi mahupun Syafiq.“Memang ada yang kata saya macam adik Mimi Lana. Nama saya Amirah Razak, ada juga yang ingat saya adik Syafiq Kyle. Tapi saya tiada kena-mengena pun dengan mereka berdua,” katanya kepada Gempak.Bagaimanapun, Amirah tidak menafikan kedua-dua pelakon itu banyak membantunya memahami selok-belok industri lakonan, khususnya sebagai pendatang baharu yang masih mencari arah dalam kerjaya seni.“Namun, mereka berdua banyak membantu saya tentang bagaimana hendak bermula dalam industri ini.“Mimi juga sangat baik dan banyak mengajar saya apa yang perlu dilakukan selepas ini,” ujarnya.Terdahulu, nama Amirah mula mendapat perhatian selepas bergandingan dengan pelakon Amir Ahnaf menerusi filem BAGA: Esok Untuk Siapa yang mula menemui penonton di pawagam pada 5 November ini.Dalam pada itu, Amirah yang mempunyai latar belakang lakonan teater mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri dengan dunia lakonan di hadapan kamera.Jelasnya, pengalaman beraksi di pentas teater sangat berbeza berbanding lakonan untuk filem, sekali gus memerlukan masa untuk dirinya mencari keserasian dan membina keyakinan.“Saya mula didedahkan dengan dunia lakonan menerusi teater. Jadi, perbezaan antara lakonan teater dengan di hadapan kamera sangat besar, lebih-lebih lagi untuk filem berskala besar seperti ini.“Saya masih belajar dan mencari rentak lakonan di hadapan kamera. Saya rasa perbezaan itu bukan sesuatu yang boleh diatasi hanya dengan satu atau dua filem, mungkin mengambil masa bertahun-tahun,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved