Kanser paru-paru tahap 4 punca ibu Syafiq Kyle meninggal dunia

Health & Fitness
29 Oct 2026 • 8:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kanser paru-paru tahap 4 punca ibu Syafiq Kyle meninggal dunia

 

PETALING JAYA – “Apa pun saya reda, pemergian mak saya ada banyak hikmah yang baik.”

Demikian komen pelakon Syafiq Kyle sekali gus menandakan dia sudah meredai pemergian ibunya, Allahyarham Rohaya Sulaiman yang meninggal dunia pada 17 Oktober lalu.

Menurut Syafiq atau nama penuhnya Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 34, arwah ibunya meninggal dunia akibat kanser paru-paru yang dikesan sejak Disember tahun lalu.

“Tahun lepas, mak saya sakit di perut dan doktor kata di hempedu. Selepas itu, buat pembedahan keluarkan ‘benda’ itu.

“Lepas beberapa bulan, mak saya macam tak bermaya dan dimasukkan di wad, doktor kata kanser paru-paru tahap empat pada bulan Disember tahun lepas,” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi temu bual filem Baga: Esok Untuk Siapa, hari ini.

Pada masa sama, pelakon filem Malaikat Malam itu bersyukur ramai yang mendoakan ibunya dan akan merancang untuk bercuti bagi mencari ketenangan.

“Hari ini, hari kesepuluh mak saya meninggal dunia, saya ada buat tahlil dan ada orang yang buat juga tak berhenti sampai hari ini.

“Saya bersyukur sangat ramai orang doa untuk mak saya dan sampai hari ini orang cerita tentang kebaikan mak saya.

“Itu yang menyedapkan hati sayalah ketika ini. Mungkin saya akan ambil cuti daripada kesibukan ini sebab sekarang tengah sibuk,” katanya lagi.

Tambahnya, pesanan terakhir melalui aplikasi WhatsApp menjadi antara memori paling bermakna.

“Kata-kata terakhir, saya tengok WhatsApp dia. Dia cakap ‘Assalamualaikum Angah, sihat ke? Ibu di sini okey.’

“Itu mesej terakhir dia dekat saya. Saya memang selalu hubungi dia.

“Masa dia hantar mesej itu, saya di Terengganu. Dia ibarat nak cakap dia okey ketika itu,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai momen yang paling tidak dapat dilupakan, Syafiq mengakui arwah meninggalkan banyak kenangan di samping sifatnya yang petah bercakap.

“Daripada saya kecil bersekolah sampailah kerja. Dalam masa 30 tahun, banyak momen yang saya rindu.

“Kalau nak ingat saya kena termenung dulu, fikir satu-satu. Mak saya sangat ‘talkative’ (banyak cakap).

“Sunyi itu Allah gantikan saya dengan orang yang ‘talkative’ di sekeliling saya,” ujarnya.

Sebelum ini, adik Syafiq yang juga pelakon, Syazwan Razak memaklumkan ibunya meninggal dunia pada 17 Oktober lalu.

Syazwan sempat berkongsi hantaran memaparkan pintu wad kecemasan seolah-olah memberi bayangan bahawa ibunya berada dalam keadaan kritikal. – KOSMO! ONLINE

The post Kanser paru-paru tahap 4 punca ibu Syafiq Kyle meninggal dunia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved