Pernah Jadi Rumah Komedi Negara, Astro Warna Tamat Siaran Hari Ini

LocalEntertainment
3 Dec 2024 • 1:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima.

Menerusi satu hantaran di X, AshraffMokhtar telah membuat perkongsian mengucapkan tahniah kepada saluran tersebut kerana telah berjaya menghiburkan warga Malaysia sepanjang penyiarannya.

Astro Warna tamat siaran pada tengah malam tadi

image is not available

“Astro Warna henti siaran tengah malam ini. Besar jasa saluran ni merevolusi (baik atau tidak, soalan kedua) industri komedi Malaysia. Dibuka pada waktu yang tepat dan ditutup pada waktu yang tepat.

“Good run. Tahniah buat seluruh warga kerja Astro Warna, rumah komedi negara,” katanya.

Dalam pada itu, AshraffMokhtar juga berkata rancangan-rancangan di saluran itu seakan-akan sudah disusun sehingga menyebabkan orang ramai mula berasa bosan.

“Bukan mereka tak mencuba, mereka cuba. Komediri, Gelak Gempak, Arena Panggang dan Travelawak.

“Tapi nak buat macam mana, yang diterima ramai tetaplah Sepahtu Reunion. Atau mungkin, mereka tak cuba sehabis baik la kot,” ujarnya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang meluahkan rasa sebak dengan penamatan siaran Astro Warna kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada masa kehidupan mereka.

Astro Warna ni yang buat kita satu keluarga kumpul

image is not availableTeringat dulu mak sanggup subscribe

image is not available

Ni zaman kanak-kanak saya

image is not available

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang menyokong penamatan tersebut kerana tiada sebarang pembaharuan bagi rancangan yang disiarkan di saluran itu.

Baik tutup je, siaran pun ulang2

image is not available

image is not available

Bagus la tu

image is not available

Bosan, elok dah takde

image is not available

Sementara itu, seorang individu di Facebook iaitu Brader Filem berkata penamatan saluran Astro Warna membuktikan kenyataan Mantan Naib Presiden Kanan Jualan Media TV Alhijrah, Zainal Rashid Ahmad.

Menurut Zainal, stesen televisyen akan mengalami kesuraman susulan penggunaan media sosial yang semakin meluas di seluruh negara.

“Tidak mustahil dalam masa lima hingga 10 tahun lagi, stesen televisyen akan terkubur di seluruh dunia. Malah, kemungkinan besar di masa akan datang, pawagam juga tidak relevan lagi.

“Orang ramai hanya perlu melanggan secara online untuk menonton sesebuah filem di skrin telefon pintar, laptop, komputer atau skrin serba guna di rumah sendiri.

“Teknologi baru akan ‘menguburkan’ teknologi lama yang ditelan zaman,” tulisnya.

image is not available

Sekadar info, Astro Warna menayangkan pelbagai program-program lawak yang mengubah kehidupan ramai pesertanya seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak, Muzikal Raja Lawak, Jozan Show, Sepahtu Reunion dan banyak lagi.

Sumber: X AshraffMokhtar, Facebook Brader Filem