“Cliffhanger Episod 4 Tu Ahhhhh…Apa Akan Terjadi” - Penonton Tak Sabar Nak Tonton Next Episod Projek; Exit

5 Nov 2024 • 7:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bahagian 1 siri ‘Project; Exit’  yang merangkumi episod 1 hingga 4 telah bersiaran pada 1 November 2024 secara sekaligus menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka. 

Komen netizen 

Menerusi tinjauan Gempak, rata-rata penonton menyatakan rasa puas hati dengan siaran episod bahagian 1 yang dikatakan mempunyai jalan cerita menarik. 

Selain itu, ramai juga yang memuji lakonan dan keserasian gandingan bintang utama iaitu Mierul Aiman dan Sasha Abedul. 

Antara komen yang diterima termasuk:

“Best gila cerita Projek;Exit ni dia macam boleh relate dengan emotion dia.

“Malam ni dah release 4 episod Projek;Exit kat Astro Go & Demand, saya nervous.

“Terlalu love ya gandingan ni. Hadi dan jannah!! natural sangat dan effortlessly beautiful couple.

“The cliffhanger episode 4 tuu mcmm ahhhh apa kan jadi,” komen beberapa netizen. 

Saksikan Projek; Exit jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan Astro Citra (saluran 108). 

Bahagian 2 yang merangkumi episod 5 dan 6 akan bersiaran pada 15 November 2024 di platform yang sama. I 

Untuk info, Astro Shaw telah mempersembahkan drama Projek; Exit arahan Zulaikha Zakaria yang mengetengahkan isu remaja dalam mengharungi masalah kesihatan mental. 

Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti  Mierul Aiman, Nabila Huda, Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi. 

Sinopsis Projek; Exit

Setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh diri, seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke asrama juvana/ pusat pemulihan akhlak. Dia bertemu seorang remaja lelaki di mana mereka berdua berkomplot untuk lari dari pusat itu.

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.mybagi info lanjut untuk melanggan