Pernah Lalui Hidup Tanpa Bapa, Pemuda India Belanja Anak Yatim Baju Raya

22 Mar 2025 • 2:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil.

TikToker dikenali sebagai Thedavids telah berkongsi momen sewaktu membawa sekumpulan anak-anak yatim membeli baju dan kelengkapan raya di sebuah pusat pakaian demi memberikan senyuman kepada mereka.

https://www.facebook.com/gothroughboys

Pemuda India belanja anak yatim baju raya

Dalam video tersebut, dia dilihat membawa dan melayani anak-anak yatim dengan baik dan memberi peluang untuk mereka memilih serta mendapatkan pakaian yang mereka ingini bagi digayakan pada pagi Syawal.

image is not available

Pemuda India belanja anak yatim sebab pernah lalui hal sama ketika kecil

Jelas TikToker tersebut, dia faham perasaan anak-anak yatim tersebut dan akui sebak apabila mengenangkan kembali kehidupannya sewaktu kecil yang kehilangan bapa.

Ujarnya, dia dibesarkan oleh ibu sahaja tanpa dibantu oleh ahli keluarga yang lain sehingga dia bertekad untuk memberi senyuman kepada anak-anak yang senasib dengannya sewaktu kecil dahulu.

image is not available

Sebakla tengok video macam ni

Perkongsian pemuda terbabit telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji usahanya dalam mengembirakan anak-anak yatim.

Mereka juga berharap agar rezeki TikToker berkenaan terus diluaskan dan akui sebak melihat kebaikkan yang dikongsikan.

image is not available

Semoga segala urusan dipermudahkan bro!

image is not available

Semoga rezeki terus dimurahkan

image is not available

 

Semoga segala urusan dipermudahkan dan terus melakukan kebaikan tanpa perlu tercuit dengan isu-isu yang sedang hangat disensasikan.

Sumber: TikTok Thedavids