Pernah Luah Ingin Kembali Berumah Tangga, Idzham Ismail Akui Digelar ‘Gatal’ – “Tak Hormat Bekas Isteri”

EntertainmentLifestyle
29 Aug 2025 • 6:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Idzham Ismail mengakui menerima pelbagai komen sinis netizen sejak perceraiannya tahun lalu.

Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail, 37, berkata perpisahannya dengan bekas isteri, Nur Abilah Shamsudin, bukan sahaja mengundang spekulasi, malah ada yang menuduhnya sebagai lelaki jahat dan gatal untuk segera berkahwin semula.

Katanya kepada mStar,

Saya pernah buat live di TikTok, tiba-tiba ada yang komen kata saya duda gatal, tak hormat bekas isteri. Bagi saya, tidak salah pun kalau nak berkahwin lagi.

Menurutnya, dia sudah berusaha melakukan yang terbaik dalam rumah tangga terdahulu, dan tidak mahu terlalu ambil pusing dengan tanggapan luar.

image is not available

Jelasnya,

Orang nak cakap apa pun tentang saya, biarlah. Saya cuma minta satu perkara, hormatlah. Kalau ada yang anggap saya jahat, tak mengapa. Tuhan ada, dan saya percaya segala tuduhan itu akan menjadi ganjaran pahala di akhirat nanti.

Reaksi negatif ini dikatakan kerana kadang kala Idzham meluahkan ingin kembali berumah tangga namun terdapat juga yang memberikan respon positif atas luahannya itu.

image is not available 2025-07-11 13:34:58

"Harap Dapat Kifarah, Nak Curang Jangan Kahwin.." - Idzham Ismail Luah Rasa Lelah Galas Tanggungjawab Bapa Tunggal Seorang Diri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved