Pernah mengaku muak dengan lelaki Melayu, influencer akhirnya kahwini jejaka Inggeris

LocalEntertainment
12 Dec 2024 • 10:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, Sara Anna yang pernah tular beberapa tahun lepas susulan mengeluarkan kenyaatan muak dengan lelaki Melayu akhirnya mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka Netherlands pada Ahad.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Sara Anna telah memuat naik foto memaparkan mereka sedang memakai busana dengan tema pakaian tradisional perkahwinan India.

Pernah mengaku muak dengan lelaki melayu, Sara Anna kahwin jejaka Inggeris

Instagram will load in the frontend.

Dalam pada itu, pempengaruh berusia 31 tahun itu turut memuat naik foto memaparkan dan suami di atas pelamin yang bertemakan warna putih.

Pasangan itu pula menggenakan busana pengantin yang turut berona putih dan Sara Anna sedang bersalaman dan menyium tangan suaminya itu.

“Maaf, andartu dah off market,” selorohnya pada ruangan kapsyen.

image is not available

Pada masa yang, Sara Anna turut memuat naik satu video dalam hantaran yang berbeza dan menjelaskan dia bertemu dengan suaminya itu ketika sedang berada di Bali, Indonesia.

Menurutnya, kedua-dua Sara Anna dan suami tidak merancang untuk menjalinkan sebarang hubungan namun selepas dua tahun perkenalan, pasangan itu akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin.

image is not available

“Bermula dengan ‘saya tak mahu sebarang hubungan’ daripada kami berdua. Akhirnya, kami berkahwin selepas dua tahun,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah buat pempengaruh itu termasuk selebriti, Zarina Anjoulie.

Yeay!

image is not available

Tahniah!

image is not available

Padan muka yang duk mengata tu

image is not available

Akhirnya Sara jumpa bahagia

image is not available

Terdahulu, Sara Anna telah menerima kecaman ramai selepas pempengaruh itu mengeluarkan kenyataan sudah muak dengan lelaki Melayu.

Netizen menyifatkan kenyataan pempengaruh itu sebagai merendah-rendahkan lelaki Melayu, yang menurut Sara Anna sebagai kurang romantis dan sempurna di matanya.

Menurutnya, bukan sekali dua lelaki Melayu cuba mengambil kesempatan keatasnya, namun pengalaman buruk bersama jejaka sebegitu sudah banyak.

Sumber: Instagram Sara Anna