Pernah Terlibat Kes Dadah, Tony Eusoff Imbau Semula Momen Sewaktu Masuk Penjara - “Sedih Tengok Mak Sendiri Nangis…”

2 Jan 2025 • 5:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kecoh baru-baru ini apabila dunia industri hiburan dikejutkan dengan kes dadah yang melibatkan selebriti tempatan. 


Kesal lihat ibu menangis




“Saya rasa sangat bersalah terhadap ibu saya. Masa ibu hantar saya kat airport dan nak peluk buat kali terakhir, waktu itu lah menitis air mata.

“Untuk seorang anak tiada yang lebih menyedihkan hati apabila kita tengok mak kita sendiri menangis disebabkan apa yang kita dah buat.



Syukur kehadiran diterima kembali


“Ada yang cakap saya kena aniaya tapi itu adalah kesalahan dan kenakalan saya tiada siapa saya boleh salahkan. Jadi saya hanya harungi dan masuk sahaja. 

“Bila saya nak keluar saya ada perasaan bercampur baur risau dan gembira tentang penerimaan orang.



Titip nasihat


“Saya tidak mengenali mereka secara dekat, jadi saya tak tahu apa cabaran yang dihadapi  dalam hidup mereka. Saya tak boleh nak menghukum, saya pun tidak baik. Siapa kita nak menilai orang.

“Saya minta semua individu juga untuk tidak cepat menilai, lebih banyakkan rasa empati kerana mereka juga adalah ahli keluarga seseorang. Kadang-kadang individu itu buat di atas sebab keterdesakan," ujarnya