Pernah Tular Bekas Maknyah Kini Berubah, Cikgu Ery Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Entertainment
29 Nov 2023 • 1:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang guru sesi petang di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, Klang iaitu Mohd Khariri Mohamad Ramli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ery meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi.

Khabar mendukacitakan itu disahkan oleh Guru Besar, Adli Amir Hamzah dalam satu kenyataan ringkas.

Menurutnya, Cikgu Ery yang kini berusia 46 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhirnya saat mengendalikan senaman secara berkumpulan di Tasik Tropika Aman Rim Baru, Telok Penglima Garang.

“Paramedik ambulan sudah sahkan kematian. Sedang menunggu kehadiran pihak polis untuk tindakan selanjutnya.”

image is not available

“Keluarga arwah sudah dihubungi. Sekian. Berharap tiada sebarang berita palsu disebarkan. Sila tunggu berita dari kami pihak sekolah dan rakan Cikgu Ery.”

Berita ini juga turut dikongsikan oleh rakannya, Muhd Putra Shukri menerusi Facebook.

image is not available

“Assalamualaikum semua. Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawasanya Cikgu Ery telah meninggal dunia sebentar tadi.”

“Insya-Allah jenazahnya akan dikebumikan di Ulu Kuang petang ini. Akan di maklumkan kemudian. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.”

image is not available

Untuk rekod, Cikgu Ery sebelum ini pernah tular kerana disalah ertikan sebagai seorang wanita menyamar jadi lelaki memakai ihram ketika di depan Kaabah, namun begitu Cikgu Ery memberi respon dengan mengatakan bahawa dia seorang bekas Mak Nyah dan kini sudah kembali ke pangkal jalan.

Al-fatihah… Salam Takziah buat keluarga arwah.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.