Pernah tular detik cemas! Mat Sabu ziarah “Baby MAHA”, diberi nama Ahmad Madani

LocalFamily & Parenting
21 Sep 2026 • 8:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kisah seorang bayi yang dilahirkan selepas ibunya mengalami tanda-tanda hendak bersalin ketika berada di MAHA 2026 mencuri perhatian apabila bayi berkenaan dinamakan Ahmad Madani.

Image from: Pernah tular detik cemas! Mat Sabu ziarah “Baby MAHA”, diberi nama Ahmad Madani

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, hari ini berkesempatan menziarahi Ahmad Madani dan keluarganya di kediaman mereka.

Menurut Mohamad, detik cemas berkenaan sempat tular di media sosial selepas petugas membantu membawa ibu berkenaan mendapatkan rawatan.

Image from: Pernah tular detik cemas! Mat Sabu ziarah “Baby MAHA”, diberi nama Ahmad Madani

Image from: Pernah tular detik cemas! Mat Sabu ziarah “Baby MAHA”, diberi nama Ahmad Madani

“MAHA 2026 bukan sahaja meriah dengan jutaan pengunjung, kita dapat “Baby MAHA” juga!
“Alhamdulillah, ibu dan bayi selamat, dan si kecil ini diberi nama Ahmad Madani,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Image from: Pernah tular detik cemas! Mat Sabu ziarah “Baby MAHA”, diberi nama Ahmad Madani

Beliau turut menyampaikan cenderahati serta sumbangan kepada keluarga berkenaan sebagai tanda ingatan.

Mohamad berkata, kelahiran Ahmad Madani daripada detik cemas di MAHA 2026 akhirnya menjadi kenangan manis, selain mendoakan bayi itu membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh.

“Jumpa di MAHA akan datang Ahmad Madani!” katanya.

Sumber:  FB Mohamad Sabu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved