Pernah tular minta dimadukan, gadis kantoikan teman lelaki curang

Entertainment
5 Apr 2024 • 9:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang gadis kantoikan teman lelaki curang disamping meluahkan rasa kecewa terhadap kekasihnya itu.

Dipercayai, gadis ini pernah tular sebelum ini kerana meminta teman lelakinya itu untuk mencari pasangan lain agar dia mempunyai kawan baharu.

Menerusi satu perkongsian di X, @aneesyaramadani telah memuat naik video memaparkan teman lelakinya itu sedang menangis di dalam sebuah kereta.

Gadis kantoikan teman lelaki curang

Pada video itu, gadis itu meminta kunci daripada teman lelaki agar dia boleh pulang namun kekasihnya itu enggan memulangkan kunci kepadanya.

“Saya nak kunci, saya nak balik,” katanya.

Teman lelakinya itu hanya menggelengkan kepala sambil menangis tanda tidak bersetuju untuk memulangkan kunci tersebut kepada gadis berkenaan.

Namun begitu, gadis itu hanya berkata kepada kekasihnya untuk berhenti menangis dan menyuruh lelaki itu untuk kembali kepada perempuan yang menganggu hubungan mereka.

image is not available

“Tak payah nangis lah, perempuan tu ada. Kau pergi dengan perempuan tu. Kau kan nak perempuan tu sangat kan. Kau ingat aku ni budak-budak ke, kau nak pijak macam tu lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, gadis itu juga berkata dia tidak pernah melupakan penghinaan yang dilakukan oleh teman lelakinya itu terhadap dia dan ibunya.

“Aku sedar aku ni keluarga yang miskin, takde duit. Keluarga aku tak sempurna macam keluarga kau. Tapi kau sedap-sedap je buat aku macam ni.

“Selama ni aku setia dengan kau, kau buat apa? Kau curang! Kau dah maki aku selama ni, kau burukkan mak aku. Sedap-sedap je kau curang.

“Gaduh macam mana pun kita, tak perlu lah cari perempuan lain,” luahnya.

Pada ruangan kapsyen, gadis itu menulis itu bukanlah kali pertama teman lelakinya curang walaupun sudah berjanji mahu melangsungkan perkahwinan dengannya.

image is not available

“Curang itu pilihan. Kepada Afiq, dah habis guna-gunakan, dah berjanji nak bertanggungjawab pastu dah rasa puas nafsu tu nak buang macam tu je.

“Bukan sekali rupanya awak curang dan main belakang saya, banyak kali rupanya siap bersumpah nak kahwin,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengingatkan gadis itu berkenaan permintaannya sebelum ini yang meminta teman lelakinya untuk mencari pasangan lain agar dia mempunyai teman wanita.

Bukan haritu awak suruh cari satu lagi?

image is not available

Gadis kantoikan teman lelaki curang, dulu beriya suruh cari satu lagi

image is not available

Dia ni juga la suruh kahwin satu lagi, kan dah dapat

image is not available

Ni sebab kenapa korang kena hati-hati dengan perkataan korang

image is not available

Merayu dia cari sorang lagi, gadis kantoikan teman lelaki curang

image is not available

Pada masa yang sama, ramai juga yang mempersoalkan tangisan teman lelakinya yang kelihatan seakan-akan tidak ikhlas dan dibuat-buat.

Air mata buaya

image is not available

Kelakar, dia curang dia nangis

image is not available

Kenapa dia yang nangis?

image is not available

Lawak la dia nangis

image is not available

Meh sini usap dengan bawang mata tu, bagi air mata keluar sikit

image is not available

Dia nangis sebab kena tangkap je

image is not available

Terdahulu, tular video gadis itu meminta teman lelakinya itu untuk mencari pasangan lain kerana dia mahukan teman untuk menjalankan kehidupan sehariannya.

Tular minta dimadukan, gadis kantoikan teman lelaki curang

Namun begitu, teman lelakinya itu menolak permintaan gadis itu kerana dia berasa sukar untuk menjaga lebih daripada seorang pasangan.