Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat pengguna media sosial, pastinya mengenali pramugara Amal by Malaysia Airlines, Hafeez Al-Bukhary Zulkefli yang pernah tular dek kerana layanan baiknya menyantuni jemaah haji dan umrah ketika bertugas.
Pramugara Dilaporkan Kritikal Akibat Kanser Usus
Terbaharu, Hafeez yang berusia 42 tahun itu kini dilaporkan kritikal akibat kanser kolon atau usus yang dihidapinya.
Perkara itu dimaklumkan oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sepupu kepada pramugara tersebut di Threads @hani.mishan.
Jelas Hani, Hafeez kini telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Perak.
Malah, dia turut meminta orang ramai mendoakan kesembuhan Hafeez daripada kanser tersebut.
“Sepupu saya, Hafeez Al-Bukhary Zulkefli kini dalam keadaan kritikal dan sudah dibawa pulang ke kampungnya di Perak.
“Tolong panjatkan doa untuknya dan kita berdoa bersama-sama semoga dia sembuh daripada kanser,” tulisnya.
View on Threads
Bukan hanya Hani, ibu saudara Hafeez menerusi satu hantaran di Facebook turut memaklumkan keadaannya yang kini sedang sakit tenat.
“Ya Allah, semoga ada keajaiban, ada kesembuhan buat anak buahku. Hapuskan kesakitan daripada tubuhnya, gantikan kekuatan dan ketenangan.
“Jadikan setiap penyakit sebagai penghapus dosa dan peninggi darjat, tiada kesakitkan buat dirinya,” kongsinya.
Perkara sama turut dimaklumkan oleh penyanyi dan juga pengacara Borak Dalam Galley (BDG), Zarul Umbrella.
View on Threads
Kali Terakhir Santuni Jemaah Pada April Lalu, Hantaran Terkini Di Media Sosial Dalam Keadaan Terbaring Di Atas Katil
Berdasarkan hantaran di TikTok, kali terakhir Hafiz berkongsi videonya menyantuni jemaah haji adalah pada 28 April lalu.
@hafeezalbukharyz ﷽ Semoga dipermudah
♬ Allah Karim – Nissa Sabyan
Manakala, hantaran terbaharu di Instagram miliknya memaparkan dia sedang terbaring di atas katil sebuah hospital.
View this post on Instagram
Ramai Mendoakan Kesejahteraan Hafeez
Perkongsian itu nyata mengejutkan warganet yang selama ini sememangnya mengikuti perkembangan Hafeez.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan dan mendoakan kebaikan buat pramugara tersebut.
Tidak kurang juga, ada segelintir yang sedih dengan nasib menimpa pramugara terbabit.
Untuk info, Hafeez pernah memuat naik hantaran pada 27 Ogos tahun lalu bahawa dia didiagnosis kanser kolon tahap empat.
Namun, Hafeez tetap masih meneruskan tugasnya sebagai pramugara termasuk menyantuni jemaah haji Malaysia ke tanah suci baru-baru ini.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Dia Sangat Baik, Dari Dulu Suka Tengok Dia Layan Semua Penumpang. Semoga Allah Angkat Segala Kesakitannya”

“Ya Allah Sedihnya, Follow Dia Dari Dulu, Suka Tengok Dia Layan Penumpang Pergi Haji”

“Ya Allah Tolong Bantu Ringankan Segala Kesakitan & Bebanan Tuan Hafeez”







