Pernah Viral Kahwin Beza Usia 55 Tahun, Pemuda Nikahi Nenek Sayu Isteri Meninggal Dunia

Entertainment
8 Sep 2023 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih ingat lagi dengan kisah seorang pemuda yang menikahi nenek dari Indonesia ini? Dilaporkan nenek yang dikenali sebagai Nek Rohaya telah meninggal dunia pada usia 77 tahun, Rabu lalu.

Pasangan ini pernah menjadi liputan media kerana mempunyai perbezaan usia 55 tahun ketika berkahwin di mana Selamet berusia 16 tahun, manakala Nek Rohaya berumur 71 tahun.

Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, Nek Rohaya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya kerana sakit tua.

image is not available

“Dia meninggal dunia kerana sakit tua. Nek Rohaya sudah berumur 77 tahun, jadi arwah sering sakit-sakit sebelum ini,” kata salah seorang keluarganya, Amzal.

Menurut Amzal, pada sebulan terakhir hayat Nek Rohaya, dia kerap berulang-alik untuk berubat dengan ditemani Selamet yang turut menjaganya. Katanya, pasangan itu hidup bahagia sejak berkahwin sehingga kematian Nenek Rohaya.

“Sejak Nek Rohaya menghembuskan nafas terakhir dan dikebumikan, Selamet amat sedih. Dia juga sibuk menguruskan semua hal berkaitan,” katanya.

Suami pernah rancang ambil anak angkat

Sebagai suami, Selamet mempunyai keinginan untuk mempunyai anak dalam keluarga kecilnya. Dia dikatakan pernah merancang mengambil anak angkat tetapi hasratnya itu ditolak Nek Rohaya.

Ini disebabkan Nek Rohaya mengakui badannya tidak sihat seperti dulu, lebih-lebih lagi usianya menghampiri 80 tahun.

Kisah rumah tangga pasangan ini pernah menarik perhatian apabila Selamet dikatakan mengunci Nek Rohaya di dalam bilik kerana tidak mahu dia bertemu lelaki lain.

Admin doakan Selamet tabah dalam menghadapi ujian ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.