Pernah Viral Sebelum Ini, Ini Resipi Popia Carbonara Yang ‘Confirm’ Buat Anda Ketagih

14 Apr 2023 • 4:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Resipi ini pernah tular semasa zaman PKP dulu~

Pernah Viral Sebelum Ini, Ini Resipi Popia Carbonara Yang ‘Confirm’ Buat Anda Ketagih. Adakah anda masih ingat ketika semua orang terpaksa duduk di rumah kerana PKP? Masa inilah pelbagai resepi dikongsikan untuk orang lain cuba.

Salah satu resipi viral pada masa itu kini menjadi popular semula apabila ia mula mendapat perhatian baru-baru ini. Jika anda menggemari popia, maka resipi popia carbonara ini patut anda cuba!

image is not available
Pernah Viral Sebelum Ini, Ini Resipi Popia Carbonara Yang ‘Confirm’ Buat Anda Ketagih

Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais

Resipi ini telah dikongsi oleh Cek Yah pada tahun 2021 dan sejak itu telah disimpan oleh ribuan orang! Walaupun membuat popiah kelihatan ‘sukar’, sebenarnya ia agak mudah untuk dilakukan.

Untuk bahan-bahan, anda memerlukan item berikut:

  • 2 tin sos carbonara / mushroom soup
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake (boleh guna yang kering atau segar)
  • 1/2 batang carrot (dipotong dadu)
  • 1 cawan isi ayam (dicincang kasar)
  • 2sk serbuk lada hitam

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

Cara membuat

Yang pertama, tumis bawang besar dan bawang putih menggunakan mentega atau minyak masak hingga sedikit layu.

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

Kemudian, masukkan ayam dan 1 cawan air dan masukkan carrot serta cendawan shitake, biar masak seketika.

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

Setelah anda rasa ayam itu sudah masak, masukkan sos carbonara. Kalau pekat, anda boleh masukkan sedikit air. Masukkan perasa seperti garam dan lada hitam, bergantung pada pilihan anda.

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

Selepas itu, masukkan sosej dan biarkan masak seketika atau sehingga sos agak pekat. Pada masa ini, anda boleh tutupkan api.

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

Pastikan sos itu sejuk ketika hendak bungkus dengan kulit popia. Sekiranya anda ingin sos itu lebih pekat, anda boleh simpan dalam peti ais semalaman baru bungkus.

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

Setelah dibungkus semua dengan kulit popia, anda boleh menggorengnya sehingga kekuningan. Hidangkan bersama sos dan mayonis.

image is not available
Kredit: FB Cek Yah

Macam KLMJ pula tengok resipi ni viral balik, lagi2 tak lama lagi musim perayaan. Selamat mencuba!

Lagi resipi menarik di sini: