Pernah Viral Tunjuk Jari Tengah Lepas Minta Sedekah, Pasangan Arab Ini Ditahan Polis

Entertainment
25 Sep 2023 • 11:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, tular sebuah video tentang seorang wanita warga Arab yang bertindak biadab dengan menunjukkan jari tengah selepas kegiatannya yang menjalankan sindiket meminta sedekah di sekitar Kuala Lumpur terbongkar.

Terbaharu, pasangan warga asing yang mempergunakan bayi untuk meraih simpati orang ramai akhirnya dicekup oleh pihak berkuasa.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, pasangan tersebut bersama bayi mereka dikepung oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Dalam video itu, wanita tersebut dilihat berang dan memarahi kepada lelaki yang merakam perbuatannya itu.

Lebih menjengkelkan, wanita terbabit selamba mencampak lampin bayi dihadapannya walaupun dikelilingi orang ramai dan beberapa anggota polis di situ.

Difahamkan, bayi yang dibawa untuk melakukan sindiket itu pula sentiasa bertukar. Mereka dipercayai menggunakan anak orang lain susulan beberapa rakaman video yang pernah tular di media sosial sebelum ini.

Menurut sumber, pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam berkaitan insiden itu dan akan dirujuk kepada Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.