Perniagaan Fon Kepala dan Audio Sennheiser Akan Dijual

Business & FinanceDigital
25 Mar 2026 • 10:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sonova yang membeli perniagaan audio pengguna Sennheiser pada tahun 2022, kini mengumumkan akan menjualnya. Keputusan ini dibuat kerana Sonova mahu kembali memberikan fokus kepada perniagaan teras mereka ialah alat bantuan pendengaran dan implan koklea.

image is not available

Perniagaan yang ingin dijual ialah fon kepala, fon telinga dan juga soundbar. Walaupun kini mencari pemilik baharu, Sennheiser menegaskan bahawa pembangunan produk diteruskan, perkhidmatan pelanggan tidak berubah dan jamin masih sah pada ketika ini.

Sonova mengambil alih bahagian audio pengguna Sennheiser pada tahun 2022 dengan harga €200 juta, manakala keluarga Sennheiser mengekalkan pemilikan bahagian audio profesional. Masih tiada sebarang ura-ura siapakah yang berminat membeli cuma akhir-akhir Samsung telah mengambil alih jenama terkemuka  Bowers & Wilkins, Denon, Polk dan Marantz  menerusi anak syarikatnya Harman International.